+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Mesti ramai yang tahu Port Dickson, tapi korang mesti takde idea dekat mana tempat menarik yang patut korang pergi? Port Dickson memang terkenal sebagai pusat pelancongan utama Malaysia, tak kira pelancong tempatan mahupun pelancong asing.

Banyak tempat menarik dekat Port Dickson ni tapi kami cadangkan 5 tempat ni supaya korang tak pening nak rancang masa korang.

 

1. Pantai Teluk Kemang

Siapa yang bercuti di Port Dickson tapi tak singgah Pantai Teluk Kemang memang RUGI besar. Suasana di Pantai Teluk Kemang ni dah macam Pantai di Rio de Jeneiro, Brazil. Korang akan rasa suasana meriah dengan ramai pengunjung sambil mandi di Pantai Teluk Kemang. 

Pelbagai aktiviti air yang ada seperti, jet ski dan banana bot untuk korang cuba. Bagi keluarga yang tak nak mandi, di Pantai ini ada kuda kerdil yang boleh mereka naik . Boleh jalan-jalan sekitar pantai Teluk Kemang. 

Oleh kerana pantai ini lengkap dengan tandas dan banyak warung-warung untuk makan dan minum, ia memang tumpuan ramai orang. Jadi kalau datang semasa cuti sekolah, untuk bersesak sedikit dengan pengunjung lain.

Boleh layari facebook Bercuti di Port Dickson tapi tak tahu nak pergi mana? Kami cadangkan 5 tempat menarik supaya korang tak pening nak rancang masa korang.

Sumber : Pantai Teluk Kemang

 

2. Alive 3D Art Gallery

Kalau korang tak cukup berselfie, korang boleh pergi ke Alive 3D Art Gallery. Di sana, korang boleh berselfie dengan cantik dan menarik, berlatarbelakangkan gambar-gambar 3D. Ada 50 gambar 3D di sini untuk mereka yang rajin bergambar, berposing.Gambar di sana seakan hidup, jadi korang boleh melakukan aksi dan gaya tersendiri.

3D Art Gallery memang sesuai sebagai tempat hiburan seisi keluarga dan juga kawan-kawan. Korang dinasihati supaya datang lebih awal kalau tak nak beratur panjang. Kasut perlu dibuka dan disimpan di dalam locker, so korang perlu berselfie dengan berkaki ayam.

Ini adalah waktu operasi untuk korang survey dulu : 

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat : 11pg – 11mlm

Hujung Minggu/Cuti Sekolah : 10pg – 11mlm

Sumber : Alive 3D Art Gallery 

 

3. Rumah Terbalik Port Dickson

Bila korang jejak je kaki dalam Rumah Terbalik ni, korang akan rasa satu dunia dah terbalik. Tempat ni memang sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan untuk bergambar dan bergelak ketawa. Bukan apa, posing di tempat perabot rumah terbalik bukan senang. Tambahan lagi, korang juga boleh posing dengan kepala korang dekat jamban. Mesti korang gelak sampai terkeluar gigi?

Rumah Terbalik PD ini 2 tingkat sahaja. Waktu operasi di sini : 

Waktu Operasi : 

10 pagi – 9 malam 

Sumber : Rumah Terbalik Port Dickson 

 

4. Ostrich Farm Port Dickson

Korang letih tengok laut dan pasir? Apa kata korang lawat ladang Ostrich Farm ini? Ladang burung kasuari atau burung unta di Port Dickson ini agak famous. Tetapi, jika anda tidak suka bau busuk atau memang jenis pembersih, tempat sebegini bukan untuk anda.

Bukan apa, oleh kerana ianya mini zoo, burung kasuari yang jinak dibiar berkeliaran. Begitu juga dengan kambing dan ayam. Kalau anda mahu up close and personal dengan haiwan-haiwan ini, ia ideal. Tapi kalau korang takut, jauhkan la diri ye. 

Selain burung kasuari yang sekitar 20 ekor, ada juga arnab, seekor unta, keldai dan kuda kerdil. Sebenarnya selain burung kasuari, tempat ini juga ada ATV untuk anda tunggang. Kalau anda datang untuk team-building, ada tempat untuk anda memanah dan beraksi dalam permainan paint-ball.Selain itu, jika anda lapar mereka sediakan sate burung unta untuk dijual. Akhir sekali, kalau mahu pengalaman sekali seumur hidup, bayar untuk naik ke atas burung unta untuk lumba burung unta.

Sumber : Ostrich Farm Port Dickson

 

5. PD Waterfront

Kalau anda mahu makan angin di tepi laut dan makan-makan di restoran segera pada malam hari, ini tempatnya. PD Waterfront ini sebenarnya kawasan bersantai tepi laut yang bakal menjadi tempat utama PD satu hari nanti. Ia belum lagi siap sepenuhnya, tetapi tidak bermakna anda tidak boleh ke sini sekarang.

Korang boleh berjalan di kawasan pejalan kaki di pesisir pantai. Jika korang datang dengan anak kecil, ada taman permainan kecil di tepi laut. Jika datang petang, ini tempat yang sesuai untuk bermain layang-layang.

Berehat di sini di waktu petang ke senja juga menyeronokkan. Bukan apa, pemandangannya cantik dan kedai makan segera memang banyak di sini. Cakap sahaja Starbucks hinggalah Mcdonalds sudah ada di sini. Kalau anda mahu berehat di tepi pantai pada waktu malam, sebaik sahaja selepas makan, ini adalah tempat bersantai yang paling selesa di Port Dickson.

Sumber : PD Waterfront

 

Kalau korang nak tau, di Port Dickson ada satu lagi tempat menarik untuk korang kunjungi. Restoran King’sChar Kuey Teow pasti membuat korang teringat-ingat memori disini. Pelbagai jenis Char Kuey Teow ditawarkan disini seperti Char Kuey Teow SOTONG, Char kueyteow Chicken Grill dan macam-macam lagi.

Yang paling best ada Char Kuey Teow Lamb Chop! Terdapat juga aneka menu western food untuk penggemar makanan barat. King’s Char Kuey Teow juga mempunyai servis King’sDelivery yang akan menghantar menu-menu istimewa terus ke kediaman korang di Port Dickson.

Untuk DELIVERY dan TEMPAHAN, boleh dibuat melalui Whatsapp, Facebook dan Official Website.

Whatapps : kingsckt.whatsapp
Lokasi : 
Website : kingsckt.com
Facebook : King’s CHAR KUEY TEOW
Instagram : kingsckt 

 

 

 

Share This