+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com
Port Dickson antara kawasan pantai yang menjadi tarikan buat pelancong di kawasan lembah klang dan pantai barat untuk datang bercuti dan beristirehat. Setiap kali tiba musim cuti, Port Dickson antara kawasan yang bakal di lawati oleh ramai pelancong di dalam dan luar negara. Jika anda datang ke Port Dickson, percutiaan anda akan menjadi tidak lengkap jika tidak berkunjung ke 5 tempat menarik yang boleh dikunjungi di Port Dickson. Antara kawasan yang menarik disini adalah:

1. Alive 3D Art Gallery

Antara yang menjadi bualan hangat di sosial media adalah 3D Art Gallery Port Dickson.

Percutian anda tidak akan lengkap tanpa gambar yang menarik untuk disimpan buat kenang kenangan. Dengan adanya tempat menarik dan unik seperti ini banyak foto yang menarik dapat diambil.

Antara gambar yang di ambil oleh para pengunjung disini:

 

2. Rumah Terbalik Port Dickson

Antara tempat yang unik dan juga menarik di Port Dickson adalah galeri rumah terbalik. Apa yang menariknya di dalam galeri ini barang dan perabot di susun secara terbalik bagi menarik ramai pengunjung.

Antara tempat yang kami recommend untuk anda hadir bersama seisi keluarga.

Antara gambar yang di ambil oleh para pengunjung disini:

 

3. Muzium Tentera Port Dickson

Muzium Tentera Darat Port Dickson antara muzium tentera yang terbesar di Malaysia.

Muzium ini didirikan bagi memberi peluang untuk mempelajari serba sedikit mengenai sejarah tentera Malaysia.

Di sini terdapat 9 galeri yang berbeza, membawa anda untuk mengibau sejarah silam dari zaman penjajahan portugis sehinggalah zaman penjajahan jepun.

 

4. Kompleks Baitul Hilal

Kompleks Baitul hilal merupakan balai cerap yang terletak bersebelahan dengan resort popular bernama Klana Beach Resort.

Pada mulanya ia didirikan sebagai tempat penyelidikan astronomi dan kemudian dibuka kepada orang awam dengan tujuan mempromosi edu tourism di Port Dickson.

Tempat ini menampilkan pameran artifak yang digunakan pengkaji ilmu falak dari zaman dahulu hingga ke zaman moden.

Antara gambar yang di ambil oleh para pengunjung disini:

 

5. Hutan Rekeriasi Tanjung Tuan

Bagi anda yang meminati aktiviti lasak boleh mengunjungi hutan rekeriasi tanjung tuan. Di sini terdapat begitu banyak lokasi yg menarik di sepanjang track.

Daripada checkpoint pertama anda boleh melawati rumah api tanjung tuan, mendaki bukit batu putih dan boleh turun mandi manda di pantai tanjung biru.

Antara gambar yang di ambil oleh para pengunjung disini:

 

Kalau korang nak tau, di Port Dickson ada satu lagi tempat menarik untuk korang kunjungi. Restoran King’sChar Kuey Teow pasti membuat korang teringat-ingat memori disini. Pelbagai jenis Char Kuey Teow ditawarkan disini seperti Char Kuey Teow sotong, Char kueyteow kambing dan macam-macam lagi.

Yang paling best ada IKAN BAKAR! Terdapat juga aneka menu western food untuk penggemar makanan barat. King’s Char Kuey Teow juga mempunyai servis King’sDelivery yang akan menghantar menu-menu istimewa terus ke kediaman korang di Port Dickson.

Untuk DELIVERY dan TEMPAHAN, boleh dibuat melalui Whatsapp, Facebook dan Official Website.

Whatapps : http://kingscharkueyteow.wasap.my/
Lokasi : http://bit.ly/mapsKingsCharKueyTeowPD
Website : https://kingsckt.com/
Facebook : https://www.facebook.com/kingsckt/
Instagram : https://www.instagram.com/kingsckt/

Share This