+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com
  1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.

Bila menghuraikan perkara ini, jangan buat dengan sengaja okay! Of course, tak boleh memasukkan sesuatu dalam mulut, termasuk merokok di siang hari. Kalau nak merokok, pastikan lepas berbuka dan jauh dari orang-orang yang anti bau rokok. Risau, tak pasal-pasal kena saman disebabkan merokok secara terbuka.

Perkara yang tidak dapat dihindar seperti habuk jalan dan air liur itu tidak membatalkan puasa, tetapi puasa akan terbatal dengan menelan kahak dengan sengaja.

Puasa juga terbatal dengan memasukkan sesuatu ke dalam telinga dengan sengaja. Kalau tidak sengaja, tersilap atau terlupa maka tidak membatalkan puasa. Korang kena pastikan tidak berlaku kesilapan yang boleh menyebabkan batalnya puasa.

  1. Menukar niat.

JAKIM ada menghuraikan mengenai perkara ini. Sesiapa yang berniat buruk untuk berbuka puasa maka batal puasanya. Pendapat ini dipegang oleh Imam Syafie, Abu Thaur, Abu Hanifah dan berpendapat yang paling jelas dalam Mazhab Hambali.

  1. Gila dan pengsan.

Andai kata korang pengsan sepanjang hari dan tidak sedarkan diri walaupun satu saat maka batal yer. Jangan pula korang yakin korang masih berpuasa. Berbalik kepada penjelasan dan nas ulama yang diberikan, Mufti Wilayah Persekutuan menyimpulkan bahawa perbuatan tidur sepanjang hari di siang hari pada bulan Ramadan adalah perkara yang dimakruhkan serta sah puasanya pada hari tersebut.

Boleh lakukan amalan -amalan yang baik di bulan Ramadhan. (baca topik amalan-amalan yang sesuai di bulan Ramadan di blog kingsckt.com)

 

P/S: Masih yang belum ada plan berbuka puasa, jom ke Port Dickson dan singgah ke King’sCKT menikmati juadah berbuka bersama keluarga di sini.

Nak booking, risau penuh? Boleh contact dengan admin di talian 017-6330 3644

Share This