Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Bermula 12 Mac 2024, seluruh umat Islam akan menjalani ibadah rukun Islam ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan
Antara manfaat yang boleh diperolehi dari ibadat puasa
- Sifat ikhlas
Puasa adalah merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dengan Tuhannya. Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain. Sebagai hamba, kita mengharapkan pahala dan redha Allah S.W.T. Itu sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain.
2, Sabar
Puasa melatih kita bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadan. Melatih diri agar mempunyai kesabaran dalam pelbagai situasi. Kita diberikan dugaan dan kehidupan sepanjang 366 hari, tapi mampukah kita menahan godaan dan keinginan hanya 30 hari dalam bulan Ramadan sahaja? Semua terletak pada diri kita sendiri.
3 Memelihara fizikal
Puasa juga menyebabkan kita terpaksa dan dipaksa memelihara perut, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
- Menjaga masa.
Ketika bulan Ramadan, kita digalakan menyegerakan berbuka dan melambatkan bersahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seseorang.
5 Kesihatan Tubuh badan.
Pakar-pakar perubatan mendapati berpuasa boleh membantu penyembuhan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh perubatan moden dan tradisional. Berpuasa sangat membantu dalam penyembuhan. Tak rugi puasa di bulan Ramadhan.
Semoga kita bersama-sama dapat menjalani ibadah puasa dan diberikan ganjaran pahala. InsyaaAllah.
P/S: Korang yang nak mencari lokasi berbuka puasa boleh hubungi kami di talian 017-6330 3644 (admin King’sCKT)