+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com
Amalan sunnah biasa yang boleh diteruskan dan digandakan pada bulan Ramadan:

  • Tadarus Al-Quran

Nak buat tak sempat, dengan kerja dekat pejabat, balik rumah nak siapkan berbuka. Mungkin tahun ini, kita sempat buat. InsyaaAllah, admin ada melihat di sosial media menyatakan bahawa tadarus al-Quran juga terbaik dilakukan selepas solat zuhur dan solat asar. Ambilah sedikit masa untuk membaca beberapa lembaran muka surat al-Quran.

Saban tahun kita cuba dan cuba untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran. Ada yang meletakkan matlamat untuk khatam sekali, dua kali bahkan, ada yang tiga kali.Oleh sebab itu, jarang sekali kita akan mendengar kuliah subuh atau kuliah Maghrib dijalankan di masjid ataupun surau. Hal ini kerana, setiap individu berkejar-kejaran dalam melaksanakan amalan sunat ini.

Dari Ibnu Abbas RA dia berkata; “Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah, dan beliau lebih pemurah lagi ketika bertemu Jibril. Jibril bertemu dengan Nabi setiap malam Ramadan untuk mengkaji/mengulang (mudarasah) Al-Quran. Sungguh Rasulullah S.A.W. lebih pemurah daripada angin yang bertiup.” (HR. Bukhari).

 

 

  • Berzikir dan Berselawat

Amalan ini adalah antara amalan yang sangat mudah untuk dilakukan, terutamanya untuk wanita haid yang tidak boleh membaca al-Quran. Terhalangnya seseorang daripada membaca al-Quran bukanlah penghalang baginya untuk melakukan ibadah kepada Allah S.W.T. Dengan zikrullah dan selawat, seorang wanita yang dalam keadaan haid turut boleh disibukkan diri dengan amalan sunat dan bukannya dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

Terdapat banyak selawat yang boleh diamalkan seperti seperti selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W., selawat Tafrijiyah, selawat Ibrahimiyyah dan sebagainya. Begitu juga dengan Zikrullah. Ambillah satu zikir yang membuatkan diri kita terasa lebih dekat dengan Pencipta, agar dengan amalan ini dapat mendorong hati kita untuk lebih istiqamah dalam beribadah kepada Allah S.W.T.

 

 

  • Perbanyakkan Berdoa

Bagi seorang Muslim, kita sentiasa dituntut untuk berdoa kepada Allah S.W.T. Hal ini menunjukkan betapa lemahnya kita dihadapan Allah S.W.T., bahawa tiada daya dan upaya bagi kita untuk mendapatkan atau melakukan sesuatu perkara melainkan dengan izinNya. Setiap hari kita bacakan ayat ke-5 daripada surah al-Fatihah dalam setiap rakaat solat kita tentang betapa berharapnya kita untuk beribadah dan memohon pertolongan dengan Allah SWT. Sikap ini jugalah yang mengajarkan diri kita erti kehambaan dan rendah hati.

Berdoa ini juga ada waktu disebutkan didalam hadith tentang waktu dan tempat yang dimustajabkan Allah S.W.T. bagi doa tersebut. Alangkah seronoknya apabila seorang anak itu diperkenankan permintaannya oleh kedua orang tuanya. Inikan pula permintaan seorang hamba kepada Penciptanya yang sudah jelas bahawa setiap permintaan itu,  tidak terbatas bagi Allah S.W.T. untuk diperkenankan.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Tiga doa yang tidak akan ditolak iaitu doa orang tua, doa orang berpuasa dan doa orang bermusafir.” (HR Baihaqi).

Justeru, perbanyakkanlah berdoa kepada Allah S.W.T. Setiap nikmat yang kita terima pada hari ini adalah kerana doa kita yang lepas. Jangan pernah putus harap dengan Tuhan. Sesungguhnya yang sering mengecewakan manusia itu sendiri adalah manusia juga. Selain itu, kita juga dituntut untuk berdoa ketika ingin berbuka dan selepas berbuka kerana terdapat keberkatan dalam makanan tersebut.

 

 

Semoga ibadah kita semua di terima dan diberkatiNya sepanjang Ramadan.

P/S: Bagi korang yang tidak sempat menyediakan juadah berbuka boleh singgah ke King’sCKT menikmati pelbagai variasi menu yang kami sajikan. Korang juga boleh buat booking awal-awal, untuk elakkan penuh.

Share This