+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Celup tepung adalah antara tarikan menu `popular’ di Pantai Timur yang menggabungkan kepelbagaian hasil laut seperti sotong, udang dan sebagainya

Sebut sahaja menu-menu yang berkaitan dengan goreng tepung, pasti ada di kalangan pembaca yang sudah mula kecur air liur, bukan? Tidak dinafikan, masakan celup tepung memang mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja!

Kali ini korang tak perlu bersusah payah untuk ke Pantai Timur lagi, menu ini dah ada dekat King’s Char Kuey Teow, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menu yang simple tetapi pasti dapat membuatkan anda yang kaki seafood tidak sabar untuk merasai menu baru kami. Bagi mereka mencari kelainan variasi menu bila melancong di sesebuah negeri boleh la datang singgah ke King’s CKT untuk merasai sendiri kerangupan menu celup tepung kami.

VARIASI MENU CELUP TEPUNG 

Sotong goreng celup tepung

King’s CKT terkenal dengan variasi char kuetiau sotong yang besar dan segar. Dengan adanya menu sotong goreng celup tepung, pasti dapat menambah selera anda dengan kerangupan setiap isi sotong. Untuk pengetahuan anda, menu ini sentiasa menjadi pilihan utama di restoran kami!

Udang goreng celup tepung 

Menu udang goreng celup tepung ini, disalut adunan tepung penuh di setiap bahagian udang dan di goreng ke dalam minyak yang penuh. Kemanisan, keanjalan dan kerangupan udang pasti terasa di setiap kunyahan anda.

Udang galah goreng celup tepung

Percayalah! Menu udang galah celup tepung juga pasti mampu memikat selera kepada pengemar udang galah. Dengan setiap isi udang yang segar, di tambah pula dengan kerangupan bahagian luar udang, pastinya akan buat anda untuk repeat order lagi.

Jadi, mana satu pilihan hati korang? Korang wajib tau singgah ke King’s Char Kuey Teow untuk menikmati variasi menu celup tepung kami.

Rugi kalau korang tak cuba menu terbaru dan istimewa kami.

Jom ke King’s Char Kuey Teow hari ini. Layari facebook rasmi, Instagram dan website: kingsckt.com untuk info dan update yang terkini.

 

Share This