+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

APA PUNCA ANAK TAK RETI DUDUK DIAM DAN BANYAK RAGAM?

*artikel ini sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak 3 hingga 7 tahun.

Macam-macam tragedi pernah berlaku kalau bawa anak pergi makan di luar. Sehingga menjadi mimpi ngeri bagi ibu bapa. Kami yang mengendali restoran, dapat melihat bagaimana stress dan tekanan penjaga mengawal keadaan apabila anak menjadi lasak dan buat masalah.

Banyak faktor yang menyebabkan anak tidak dapat bertahan lama atau ‘buat perangai’. Antara faktor yang saya dapat kesan adalah, anak-anak terlalu terdedah kepada gajet dan televisyen. Mengapa saya kata begitu?

 

Punca: Balik kampung

Banyak ibu bapa membernarkan anak mereka bermain permainan video dan menonton televisyen tanpa kawalan. Untuk mengelakkan ragaman anak-anak, kebanyakkan penjaga membuat keputusan untuk melengkapi kereta dengan TV. Ini emudahkan perjalanan pulang ke kampung yang mengambil masa 12 jam. TV atau gajet bukan penyelesaian untuk mententeramkan anak dan memastikannya duduk diam.

Anak-anak tidak digalakkan menonton televisyen atau bermain gajet lebih dari 2 jam sehari. Bagaimana jika 12 jam? Gajet dan televisyen sifatnya adalah, segala visual yang keluar, bertukar dengan pantas iaitu dalam beberapa saat sahaja. Jadi mereka sudah terbiasa dengan suasana keadaan sekeliling yang berlaku dengan cepat. Kesannya mereka tidak boleh menunggu lama dan tidak sabar.

 

Penyelesaian: Ajar anak belajar bersabar

So, tak hairanlah jika anak tidak boleh tunggu lama di restoran, rumah orang atau di majlis-majlis. Jom kita bantu anak kita agar mereka jadi lebih fokus dan belajar bersabar.

Fokus saya pada artikel kali ini adalah bagaimana nak bawa anak ke restoran tanpa perlu berperang dengan anak yang mengamuk sementara menunggu makanan tiba. Pernah terjadi, dimana seorang ibu berperang dengan anaknya yang nak main Ipad. Sedangkan ibunya mahu menggunakannya. Gajet bukan penyelesaiannya!

Tekanan dan stress bila seharian di pejabat dengan kerja yang tak pernah habis. Ini membuatkan kita nak rasa santai dan relax makan di luar. Tetapi, makan luar bersama anak kadangkala menjadi IGAUAN NGERI bagi sesetengah ibu bapa. Mood santai dan relax musnah dengan kerenah anak yang tidak dijangka.

Akhirnya anda biarkan sahaja makanan tidak terusik dan sejuk kerana tiada selera lagi! Mari kita lihat tips anak duduk diam di kedai makan & restoran.

1) Restoran yang selamat dan mesra

Pilihan restoran mestilah selamat dan mesra. Dimana anak anda bebas untuk bergerak ke sana sini dan boleh bermain dengan permainan yang dibawanya. Jangan sesekali membawa anak di restoran yang simpit. Kerana akan mengganggu privacy orang lain dengan kerenah anak-anak.

 

2) Bawa barang kesukaan anak

Bawalah mainan atau buku kesukaan anak anda. Sedikit sebanyak ia dapat membantu anda untuk ‘melekakan’ anak anda ketika anda sedang menikmati makan malam.

 

3) Snek Ringan (kudap-kudap)

Untuk mengelakkan menunggu makanan yang dipesan terlalu lama, anda bawalah makanan snek (yang baik dan berkhasiat). Kerana dikhuatiri anak anda akan mengamuk kerana lapar.

 

4) Raikan anak dengan ganjaran

Jadikan makan luar anda sesuatu yang istimewa untuk anak anda. Jika sebelum ini anda larang anak anda makan aiskrim, cuba berikan keizinan untuknya merasa aiskrim. Pasti dia suka dan duduk diam menikmati kelazatan aiskrim. Jadikan ia sebagai ganjaran untuk anak anda. Katakan padanya, “kalau adik jadi budak baik lagi macam ini, ibu bawa adik makan aiskrim dekat sini lagi.”

 

5) Haramkan gajet

Gajet tidak dibenarkan dibawa bersama ketika makan. Gunakan masa berharga ini untuk merapatkan hubungan anak dengan keluarga. Gajet hanya menjadikan ahli keluarga diam, dan kurang berkomunikasi. Banyakkan bertanya dan berbual dengan anak-anak untuk mereka rasa diberi perhatian.

Jadi, boleh la ibu bapa cuba cara-cara diatas. Mana tahu boleh mengatasi segala masalah ragaman anak-anak anda. Untuk pemilihan restoran tak perlu risau. Di King’s Char Kuey Teow, keluasan tapak dan susunan meja sangat sesuai untuk anak-anak yang tak boleh duduk diam. Persekitaran yang mesra dan bebas dari objek membahayakan. Aiskrim juga ada untuk anak-anak menikmati bersama. Hidangan seperti westren food juga ada untuk dijamu anak-anak.

Terus follow page dan blog kitorang. Pelbagai lagi info dan promosi menarik akan kami kongsikan untuk korang semua.

 

Jangan lupa subscribe Youtube Kingsckt dan nantikan video-video yang menarik daripada kami. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami.

Share This