+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Port Dickson sememangnya popular dengan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Dari pantai-pantai hinggalah ke aneka pilihan tempat makanan. Jadi, tidak hairanlah jika Port Dickson menjadi pilihan utama percutian bagi rakyat tempatan ataupun luar negara. Jadi, kali ini kita akan kongsikan 5 tempat menarik untuk dikunjungi di Port Dickson.

1. ALIVE 3D ART GALLERY

Untuk penggemar selfie atau photography, Alive 3D Art Gallery pasti menjadi lokasi yang ditunggu-tunggu untuk dilawati. Terdapat lebih kurang 50 gambar 3D untuk anda bergambar. Lokasi ini sememangnya dicipta khas untuk mengambil gambar. Jadi, jangan lupa bawa bateri kamera lebih semasa korang berada di sini.

2. RUMAH TERBALIK PORT DICKSON

Rumah Terbalik, Port Dickson menjadi buruan peminat selfie dan photography. Susunan rumah yang unik, iaitu disusun dengan terbalik. Ia membuatkan anda nampak seperti sedang melekat dan berjalan di siling sebuah rumah. Kalau anda nak berangan jadi Spiderman, boleh la singgah di Rumah Terbalik, Port Dickson.

3. MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON

Port Dickson sememangnya dikenali dengan Bandar Tentera. Oleh itu, telah terbinanya sebuah Muzium Tentera Darat  di Port Dickson. Ia merupakan Muzium Tentera Darat Terbesar di Malaysia. Berdasarkan infrastrukturnya, ia telah setanding dengan dengan muzium tentera di luar negara. Kalau anda nak tahu, muzium tentera darat pernah menjadi lokasi penggambaran filem Tan Sri P.Ramlee di dalam filem Sarjan Hassan.

4. KOMPLEKS BAITUL HILAL

Kompleks Baitul Hilal atau dikenali sebagai Balai Cerap Teluk Kemang. Mempunyai sebuah kubah yang menghadap ke perairan Selat Melaka. Terdapat juga sebuah teleskop yang berfungsi untuk melihat anak bulan. Selain daripada melihat anak bulan, lokasi ini juga menjadi pusat pelbagai kegiatan. Contohnya seperti kajian bintang dan planet. Ia juga membantu kemajuan ilmu astronomi.

5. HUTAN REKREASI TANJUNG TUAN

Berminat melakukan aktiviti lasak? Anda boleh beriadah di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Apa yang istimewanya disini ialah terdapat pelbagai lokasi yang menarik di sepanjang track. Korang boleh mendaki Bukit Batu Butih, melawat rumah api dan macam-macam lagi lokasi menarik. Yang paling dinantikan ialah apabila sampai di pucak Bukit Batu Putih. Anda boleh bergambar dan menikmati keindahan puncak di Tanjung Tuan.

Kalau korang dah melawat semua lokasi menarik tadi, mesti korang letih dan nak cari tempat makan. Apa lagi? Restoran King’s Char Kuey Teow kan ada. Pelbagai variasi menu yang disediakan di sini. Bukan Char Kuey Teow je yang ada, makanan western, nasi goreng, satay, burger bakar dan banyak lagi.

Restoran King’s Char Kuey Teow juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda. Bilangan meja yang banyak, tempat makan yang selesa, surau dan banyak lagi. Jadi, rancang la percutian korang ke Port Dickson. Mesti hari-hari korang dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan.

Jangan lupa subscribe Youtube Kingsckt dan nantikan video-video yang menarik daripada kami. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami. 

Share This