+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com
Pada bulan Ramadan ini sangat digalakkan bagi kita untuk memberi makanan kepada orang Muslim yang lain. Sedekah ini bukanlah tertakluk dalam bentuk wang dan harta sahaja.

 

 

Daripada Zaid bin Khalid, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (HR. Ahmad, AT-Tirmidzi & Al-Baihaqi).

Sesungguhnya nikmat bagi orang yang berpuasa adalah bersahur dan berbuka. Namun, tidak semua orang dapat merasai nikmat tersebut terutamanya bagi golongan yang fakir, ‘homeless’ dan banyak lagi. Bahkan ada juga dalam kalangan pelajar universiti tempatan dan di perantauan yang tiada duit poket untuk membeli makanan berbuka. Ingin meminta ibu bapa takut menyusahkan, ingin mengemis dengan kawan risau dibenci pula. Inilah realiti bagi seorang pelajar dalam meneruskan pelajaran dalam keadaan mengikat perut.

Walaupun begitu, bulan Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh pelajar universiti. Hal ini kerana begitu banyak insan prihatin yang memberikan makan di masjid dan surau. Bahkan di masjid yang berdekatan turut menyediakan juadah berbuka. Betapa besar nikmatnya dapat memberi orang lain juadah berbuka puasa. Lebih seronok lagi apabila dapat turun berbuka bersama-sama.

Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.” (HR. Ahmad, AT-Tirmidzi & Al-Baihaqi).

terdapat banyak lagi amalan sunnah lain yang tidak disebut disini, namun inilah antara amalan sunnah yang mudah untuk dilakukan. Semoga blog ini mendatangkan manfaat kepada para pembaca.

Wallahua’alam.

Anda mencari platform untuk bersedekah di bulan yang mulia ini? Boleh hubungi admin dibawah untuk melakukan sumbangan juadah berbuka puasa. Semoga Allah SWT merahmati kehidupan orang yang memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Terima Kasih.

P/S: Masih mencari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga atau kenalan, boleh singgah ke King’sCKT PD.

Share This