+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Malaysia Book Of Record,  Char Kuey Teow Paling Banyak Dimasak Dalam Masa 1 Jam

Pada 31 Mac 2019, sejarah Malaysia telah tercipta di Port Dickson. Dimana sebuah restoran anak muda melayu, King’s Char Kuey Teow telah mencipta rekod terbaru di dalam Malaysia Book Of Record (MBOR), Memasak 1000 Pinggan Char Kuey Teow Dalam Masa 1 Jam. Kejayaan ini mendapat banyak liputan media seperti Harian Metro, Bernama dan Berita Harian.

 

 

Pada awal penubuhan restoran ini, hanya berbekalkan sebuah khemah dan beberapa buat kerusi meja sahaja. Setelah 8 tahun, kemajuan demi kemajuan telah di capai dan kini mereka mempunya 131 buah meja dan mampu memuatkan 600 hingga 700 orang dalam satu masa.

Aizat Zulhailie, 31, pemilik restoran ini berkata hidangan ini diberikan secara percuma kepada pelanggan yang datang ke restorannya bermula jam 4 petang. “Saya menyediakan hidangan ini dengan dibantu 12 tukang masak. Sebanyak 500 kilogram kuey teow dan 200 kilogram udang diperlukan bagi menghasilkan hidangan.”

 

 

1000 pinggan char kuey teow ini diberikan percuma kerana ingin berkongsi rezeki bersama pelanggan dan pengunjung yang datang ke Port Dickson. Pemilik restoran berasa sangat bertuah kerana dapat merealisasikan impian mencatat nama dalam MBOR.

 

Aktiviti yang dijalankan

Selain mendapat hidangan percuma, pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur telah dijalankan. Antaranya adalah pertandingan karaoke dan pertandingan mewarna. Tujuan aktiviti ini adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan mengeratkan lagi silaturahim antara Team King’s Char Kuey Teow dengan pelanggan dan pengunjung.

Terdapat juga hadiah berupa emas, wang tunai, bantal, pomade, pil kesihatan dan minuman berjaya dibawa pulang oleh pelanggan yang bertuah. Setiap pinggan char kuey teow telah dilekatkan nombor untuk mengira jumlah pinggan char kuey teow yang telah dimasak. Pemilik telah membuat cabutan bertuah dan beberapa orang berjaya membawa pulang hadiah istimewa tersebut.

 

 

Syukur alhamdulillah, dengan adanya program sebegini, dapat juga mereka memberi kepada ramai orang. Makin banyak kita memberi, makin banyak yang kita akan terima. Diharapkan program sebegini dapat dijalankan lagi. Tahniah buat warga dan team King’s Char Kuey Teow kerana berjaya mencapai kejayaan ini. Semoga segala urusuan dapat dijalankan dengan jayanya.

Jangan lupa subscribe Youtube Kingsckt dan nantikan video-video yang menarik daripada kami. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami. 

Share This