+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Percaya atau tidak, banyak record telah dicipta di dunia ini. Selain record yang membanggakan dan mengangkat seseorang itu lebih baik, terdapat juga record yang tak masuk akal. Tak sangka ada juga orang yang menggunakan kebolehan diri yang pelik untuk mencipta record dunia.

Nak tahu apa yang tak masuk akal dan pelik telah dicipta? Jom tengok 7 Record dunia yang tak masuk akal dan pelik dicapai oleh manusia.

1. Ular berbisa di dalam mulut paling banyak di dunia

Jackie Bibby adalah seorang lelaki yang menakjubkan dengan kebolehannya bermain dengan ular. Ia dikenali sebagai Lelaki Ular Texas. Sebagai pengendali ular veteran yang berpengalaman lebih daripada 30 tahun, Jackie telah menunjukkan beberapa kejayaan yang luar biasa semasa hidupnya.

Antara record yang paling hebat telah dicipta olehanya adalah memasukkan 4 ekor ular berbisa di dalam mulut untuk satu jangka masa. Cubaan itu seolah-olah menempah maut dan berani mati.

Ada yang menggelarkannya gila, dan ada juga mejadikan dia sebagai lagenda.  Jackie telah pegang 4 record dunia bermain bersama ular. Nasihat saya pada orang diluar sana, jangan cuba-cuba masukkan ular dalam mulut. Takot meninggal dengan record di Malaysia pulak. 

2. Mengimbang benda paling berat di dunia

Kita biasa dengar orang mengimbang bola atas kepala. Paling power pun, kita tengok orang dari india mengimbang makanan atau barang di atas kepala.

Tapi untuk John Evans, mengimbang kereta 800CC di atas kepala seberat 1,500 paun tidak ada masalah baginya. Termasuk yang ini, John telah memegang 30 record dunia dengan mengimbang benda di atas kepalanya.

Untuk orang biasa-biasa, mengimbang masalah dikepala pun dah cukup berat ini kan pula letak kereta di atas kepala.

3. Kulit paling rengang di dunia

Garry Turner dari England memegang record kulit paling renggan di dunia. Dikenal sebagai Elastic Man, Garry mampu meregangkan kulit perutnya sehingga 16 centimeter.

Penyakit Elher-Danlos iaitu kecatatan pada kulit tubuh yang dihadapi oleh beliau menjadikan dia seorang pemegang record dunia.

Ada penyakit pun boleh pegang record dunia. Dia telah mencipta Guinness Book of world record tersebut pada 29 Oktober 1999. Kepada orang diluar sana, kalau ada apa-apa penyakit yang hebat boleh la jadikan ia sebagai record dunia.

4. Manusia paling banyak bertindik di dunia

Mengerikan! Kita tindik di telinga pun dah menitiskan air mata inikan pula satu muka. Elain Davidson seorang bekas jururawat dari Brazil ini telah memegang record bertindik paling banyak di dunia.

Pada June 8, 2011, jumlah tindik yang berada pada badannya adalah sebanyak 7000 biji dan semuanya seberat hampir 3 kilogram.

Gila betul lah orang ni. Nasib baiklah dalam Islam tak dibenarkan menyakiti tubuh badan sendiri. Kalau tak ramai dah buat macam ni. Syukur.

5. Mohawk paling tinggi di dunia

Fesyen rambut mohawk sangat terkenal di dunia. Ramai artis dan selebriti antarabangsa menggunakan fesyen rambut ini. Ia juga tak asing bagi rakyat di Malaysia. Tapi mampukah korang menjadikan rambut mohawk anda panjang macam ni?

Kazuhiro Watanabe seorang pereka fesyen di Jepun mempunyai rambut mohawk beketinggian 113.5 centimeter.

Bapak ahh!!! Beliau memegang record dunia, rambut mohawk paling tinggi di dunia. Untuk buat rambut mohawk macam ni, dia telah menyimpan rambut selama 15 tahun.

Macam ini punya record pun ada kan. Korang jangan pulak pandai-pandai simpan rambut 15 tahun tak potong. Ada juga yang bawak hutan jalan-jalan nanti.

6. Sendawa paling kuat di dunia

Bersendawa dianggap biadap bagi banyak budaya di dunia. Tetapi tidak bagi lelaki yang berasal daripada England ini. Bukan sahaja tidak malu, tetapi berbangga dengan sendawa yang dimilikinya.

Paul Hunn, pemegang record dunia dengan sendawa paling terkuat di dunia. Dimana kekuatan sendawanya mencecah 109.9 DB. Bayangkan, konsert rock heavy metal, macam tu la kuat bunyi dia.

Kalau korang ada bakat sendawa kuat-kuat macam ni, jangan segan nak tunjuk bakat korang. Tapi kalau ada kasut terbang ke muka pandai-pandai elak la ye.

7. Rawatan muka teramai dalam satu masa di dunia

Stadium bola sepak mungkin bukan tempat pertama yang korang fikirkan untuk mencari rawatan spa yang santai. Tetapi, pada 4 May, 2015, sebanyak 1,000 wanita di timur China menuju ke stadium bola sepak untuk sesi kecantikan gergasi.

Sesi itu dijalankan diatas padang bola dan menyediakan sebanyak 1,000 pakar kecantikan untuk memeberi servis facial kepada wanita. Bapak besar wey!!

Pada hari tersebut, ia telah memecahkan Guinness Wolrd Record bagi orang teramai menerima facial pada masa yang sama. Kami berharap agar rakyat Malaysia berkumpul seramai mampu untuk memecahkan record yang baru. Bukan apa, pasti ramai wanita di luar sana nak dapat benda secara percuma kan? Haha.

Banyak record pelik telah tercipta kat dunia ni. Ada yang boleh membawa maut dan ada juga yang tak masuk akal. Tapi semua itu adalah peluang yang disahut oleh mereka untuk menunjukkan mereka boleh buat sesuatu yang lain daripada yang lain

Macam mana pulak record memasak 1000 pinggan Char Kuey Teow dalam masa 1 jam? Belum ada orang buat lagi kan? So, kami dari King’s Char Kuey Teow ingin menyahut cabaran Malaysia Book of Record yang akan diadakan pada 31 March 2019 ini.

Disamping mencipta record baru di Malaysia, kami juga nak belanja korang semua makan Char Kuey Teow PERCUMA dalam masa 1 jam tu. Nak tahu pukul berapa, jangan lupa untuk terus follow kami. Banyak informasi dan kejutan yang kami akan kongsikan.

Jangan lupa subscribe Youtube Kingsckt dan nantikan video-video yang menarik daripada kami. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami. 

Share This