Tak ada benda yang mustahil untuk kita lakukan. Sebagai rakyat Malaysia, rasa bangga atas kejayaan yang dibuktikan menambahkan lagi semangat nak berusaha lebih lagi. Tak sangka di negara kita ini ramai pemegang record dunia secara tak langsung mengharumkan nama negara di mata dunia. Mari kita tengok 7 Record Dunia yang dipegang oleh rakyat Malaysia.
1. Selfie paling banyak diambil di dunia dalam masa sejam
Record yang pertama ini pasti ramai yang akan cuba memecah record beliau. Hazwan Noor yang berusia 20 tahun merupakan pelajar Politeknik Merlimau yang memegang record selfie paling banyak diambil dalam masa 1 am. Acara anjuran Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) itu diadakan bersempena sambutan kemerdekaan.
Kiraan tidak rasmi jumlah foto selfie yang berjaya diambil ialah sebanyak 656 namun hanya 613 yang diterima. Secara purata 10 selfie perlu diambil dalam seminit untuk memecahkan rekod terdahulu iaitu 421 selfie dalam masa sejam yang dipegang oleh aktres Kanada, Melinda Shankar pada tahun 2014. Tetapi, dengan berkat usaha dan kerja keras beliau dalam melatih diri berselfie telah membuahkan hasil yang membanggakan rakyat Malaysia.
2. Tebuk kelapa terpantas menggunakan jari
Kali ini lain daripada yang lain. Master Kung Fu, Ho Eng Hui yang berumur 55 tahun dari Johor telah memecah rekodnya sendiri dengan menebuk 4 kelapa dalam masa 12.15 saat menggunakan hanya jari telunjuknya pada 21 April 2011 di Milan, Itali.
Beliau juga pemegang record terdahulu menebuk 4 kelapa dalam masa 30.81 saat di hadapan 1000 penonton di Jonker Walk, Melaka pada 21 Jun 2009. Semua kelapa ditebuk olehnya menembusi hingga ke kulit dan tempurung kelapa tersebut. Haa. Kalau anda rasa itu tak cukup hebat, korang boleh buat?
3. Hotel paling besar di dunia
Kalau sesiapa pergi ke Genting Highland, masa naik cabel car pasti nampak hotel yang berwarna-warni ini kan? First World Hotel, Genting Highland ini mempunyai 6118 buah bilik dan telah diiktiraf sebagai hotel terbesar di dunia pada tahun 2006 hingga 2013. Hotel tersebut yang merupakan sebahagian daripada Genting Hihglands Resort di Pahang disiapkan pada tahun 2005.
Pada tahun 2015, sekali lagi dinobatkan oleh Guinness World Records sebagai hotel paling besar di dunia dengan jumlah bilik sebanyak 7,351. Kalau dah penat bermain di taman tema Genting Highland, boleh lah singgah berehat di hotel ini untuk merasa macam mana tidor di hotel terbesar dunia.
4. Pemain skuasy wanita terhebat di dunia
Nama Datuk Nicol David tak asing lagi didengar sebagai pemain skuasy terhebat dunia. Pada tahun 2015, dia telah diberi gelaran “ratu skuasy negara” . Selama 106 bulan berturut-turut sejak Januari 2016, telah terciptanya rekod dunia baru dalam sukan skuasy dengan mendapat kedudukan sebagai “pemain skuasy nombor satu dunia”. Sebelum ini, rekod bagi gelaran berprestij ini disandang oleh Susan Devoy pemain New Zealand iaitu untuk 105 bulan.
Tetapi, Nicol Ann David akan mengumumkan secara rasmi untuk berhenti bermain setelah 20 tahun menjadi ratu skuasy negara. Beliau akan bersara pada bulan Ogos sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36. Ianya akan diumumkan secara rasmi di Professional Squash Association (PSA) Tour bulan Jun, 2019. Dia berkata sudah tiba masa untuk memulakan hidup baru dan meneroka benda yang baru.
5. Manusia terpantas dengan bola sepak diimbangi di atas kepala
Pada 20 Mac 2010, Low Yee Ming yang berusia 19 tahun menjadi manusia terpantas untuk berlari sejaruh 1.6km sambil mengimbangi bola sepak di atas kepalanya. Beliau cuma memerlukan masa selama 8 minit 35 saat untuk menamatkan pencapaian berkenaan di Stadium Atletik Majlis Perbandaran Subang Jaya. Jika bola tersebut terjatuh, dia dibenarkan untuk memulakan semula. Tetapi, Yee Ming Low menghabiskan keseluruhan larian sejauh 4 pusingan padang tersebut tanpa sebarang masalah walau sekali pun. Guiness World Record menetapkan 10 minit sebagai syarat untuk melengkapkan rekod berkenaan. Hebat ke hebat?
6. Juruterbang termuda terbang secara solo mengelilingi dunia dalam tempoh masa terpantas
Kapten James Anthony Tan yang berumur 21 tahun ketika itu merupakan juruterbang termuda untuk membuat penerbangan mengelilingi dunia secara solo pada tahun 2013, selepas beliau berjaya terbang ke 21 negara menamatkan 40,000km dalam 50 hari menggunakan pesawat Cessna 210 Eagle yang kecil dan mempunyai enjin tunggal. Sebenarnya, insan yang telah mencapai record dunia ini mempunyai penyakit disleksia. Dimana dia susah untuk menguasai sesuatu yang dipelajari. Untuk korang yang sihat akal lagi cerdas ni? Apa yang korang dah capai? Hehe.
7. Pukulan bulu tangkis terpantas dalam sukan badminton
Bintang badminton negara, Tan Boon Heong telah secara tidak rasmi memecah record dunianya sendiri iaitu record kelajuan smash 421km/jam menggunakan “Yonex Arcsaber Z-Slash” di Tokyo, Japan pada 26 September 2009. Ianya ditewaskan dengan kelajuan baru iaitu 493km/jam. Dua record terdekat sebelum ini ialah 332km/jam (Fu Haifeng dari China) dan 414km/jam (Naoki Kawamae dari Jepun). “Radar Guns and High Speed Video” telah digunakan untuk mengesahkan record berkenaan. Kalau anda berpeluang bermain dengan beliau, pastikan anda memakai baju dan topi keselamatan. Takot nanti ada yang maut terkena bulu tangkis.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa adanya program Malaysia Book Record dan Guinese Wolrd Record ini? Ia sebenarnya ingin membuktikkan dan memberi pengiktirafan kepada kemampuan manusia dalam melakukan sesuatu benda. Mungkin korang boleh cuba buat record sendiri. Contohnya seperti layari social media paling lama, makan paling banyak dalam masa satu jam dan macam-macam lagi.
Tapi kami di King’s Char Kuey nak membuktikan yang Chef di restoran kami mampu menghasilkan sepinggan Char Kuey Teow dalam masa 15 saat. Jadi, untuk mencabar kemampuan sendiri, kami menyahut cabaran Malaysia Book Of Record untuk memasak Char Kuey Teow paling banyak dalam masa 1 Jam. Dianggarkan 1000 pinggan akan dimasak dalam masa tersebut.
Jadi siapa nak makan 1000 pinggan tu? Korang semua la yang akan melantak semua pinggan tu. Nak tahu lebih lanjut lagi? Teruskan dan ikuti kami untuk berita dan maklumat akan datang.
Sumber : illuminasi.com
Jangan lupa subscribe Youtube Kingsckt dan nantikan video-video yang menarik daripada kami. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami.
Whatapps : ☎ http://kingscharkueyteow.wasap.my/
Lokasi : ?
Facebook : ? https://www.facebook.com/kingsckt/
Instagram : ? https://www.instagram.com/kingsckt/