+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Benda boleh jimat kenapa bayar mahal-mahal?

Mesti ramai yang suka berjalan bila tiba hujung minggu kan? Tapi, setiap perjalanan korang tu betul-betul dirancang atau hanya redah sahaja? Banyak kelebihan jika kita rancang setiap percutian kita. Bukan sahaja dapat jimat masa. Duit juga dapat dijimatkankan. Mesti anda semua tak pening kepala nak keluar duit sebab semuanya sudah dirancang dengan betul. Mari kami kongsikan tips untuk korang berjimat ketika bercuti.

 

5 Tips Rancang Percutian Budget Bersama Keluarga dan Rakan-rakan.

1. Packing Makanan Siap-siap

Makanan adalah salah satu kos perbelanjaan ketika bercuti. Dengan menyediakan makanan dari rumah, anda boleh berjimat ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi. Contohnya, anda boleh makan snek-snek atau makanan yang disediakan dari rumah ketika dalam perjalanan. Kalau singgah ke R&R, anda boleh bawa makanan itu dan makan di perhentian. Selain itu juga, ia berfungsi sebagai makanan kecemasan ketika sudah tengah malam. 

 

2. Rancang Waktu Perjalanan

Kalau boleh, mulakan perjalanan ketika jalan tidak sibuk. Memilih waktu puncak ketika hendak memulakan perjalan adalah sangat merugikan. Anda akan membazirkan masa tersekat di dalam sesak lalu lintas. Selain membazir minyak kenderaan, mood percutian juga boleh terbantut.

Selain itu, jika anda menaiki flight, tempah tiket dengan lebih awal. Beli tiket penerbangan ketika mereka membuat promosi. Anda dapat berjimat di situ.

Oleh itu, rancanglah permulaan perjalanan di waktu yang sesuai. Janganlah anda mulakan perjalanan ketika waktu orang balik kerja. Korang sendiri akan rasa tak seronok kerana kesesakkan tersebut.

 

3. Tinggal Di Homestay

Selain menginap di hotel, homestay adalah salah satu pilihan yang terbaik. Anda boleh dapat harga yang lebih murah daripada hotel. Selain itu, ianya lebih luas dan selesa berbanding hotel. Kebiasaannya, homestay akan menyediakan dapur. Ini memudahkan anda untuk memasak jika ingin sepenuhnya berjimat ketika bercuti. Pilihan ini sesuai untuk keluarga yang besar ataupun bercuti bersama rakan-rakan.

 

4. Cari Aktiviti Yang Tidak Memerlukan Belanja Yang Banyak.

Jika anda menginap di hotel, kebiasaannya mereka akan menawarkan package aktiviti yang murah ataupun percuma. Sebelum membuat pilihan, pastikan aktiviti itu berbaloi dengan harga untuk dilakukan bersama. Anda juga boleh menggunakan sepenuhnya package aktiviti percuma yang ditawarkan.

Selain itu, anda juga boleh membuat aktiviti lain seperti mandi pantai, kolam renang, berbasikal dan macam-macam lagi tanpa mengeluarkan budget yang banyak. Banyak kelebihan jika anda bercuti di kawasan pantai kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Seperti memasak, tarik tali, sukan pantai dan macam-macam lagi.

5. Bercuti Secara Berkumpulan

Bercuti seorang diri lebih banyak menggunakan duit berbanding berkumpulan. Berkongsi bilik bersama rakan-rakan dapat menjimatkan kos penginapan. Selain itu, jika bercuti secara berkumpulan, pelbagai aktiviti dapat dilakukan dengan kos yang rendah. Contohnya seperti sukan pantai, ber BBQ tepi pantai dan macam-macam lagi.

Jika pergi bersama keluarga yang besar, anda dapat berjimat dengan tinggal di homestay beramai-ramai. Bukan sahaja dapat menjimatkan kos, tetapi juga dapat mengeratkan lagi ukhwah kekeluargaan.

Jika anda tidak tahu hendak bercuti di mana, Port Dickson adalah salah satu pilihan terbaik. Bukan sahaja mempunyai pantai yang bersih, tetapi banyak kemudahan seperti hotel dan homestay disediakan.

Bukan itu sahaja, di Port Dickosn terdapat sebuah kedai makan yang menjadi tumpuan para pelancong. Tempat makan yang santai dan selesa, serta pelbagai variasi menu menjadikan Restorant King’s Char Kuey Teow sebagai sebuah destinasi wajib bagi sesiapa yang datang ke Port Dickson.

Jangan lupa subscribe Youtube Kingsckt dan nantikan video-video yang menarik daripada kami. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami.

Share This