+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

 

Sebelum ni kami dah keluarkan menu baru Nasi Gulai yang memberi rasa dan pengalaman yang menarik dengan kuah gulai versi utara. Ramai yang menyukainya tetapi bagi kami, kami ingin memberikan suatu kelainan bagi semua pelanggan kami. Konsep Nasi Gulai ini adalah, “Pilihan Di Tangan Anda”.

Kenapa kami kata begitu? Sudah tentu nama menu pun Nasi Gulai, dan semestinya kuah gulai menjadi hidangan. Tapi gulai apa? Untuk menu baru kali ini, kami berikan 3 pilihan KUAH yang berlainan mengikut citarasa dan selera pelanggan yang datang. Nak tahu apa dia?

Nasi Gulai Dengan 3 Pilihan Kuah!

Terdapat beberapa penambah baikkan yang dibuat di dapur kami. Setelah membuat beberapa kajian, pelanggan yang datang ke King’s CKT lebih suka makanan yang mempunya pelbagai variasi.

 

Oleh itu, Chef kami telah keluarkan 5 Menu Nasi Gulai dengan 3 pilihan kuah untuk santapan anda semua.

1. Nasi Gulai Ayam Kapak

 

2. Nasi Gulai Talapia Goreng

 

3. Nasi Gulai Bawal Goreng

 

4. Nasi Gulai Sotong Goreng

 

5. Nasi Gulai Keli Goreng

 

Apa yang paling istimewa adalah, anda boleh pilih 3 KUAH untuk anda makan bersama. Antaranya adalah Kuah Gulai atau Kari yang semestinya menjadi kesukaan ramai orang. Kemudian, kami ada Kuah Masak Lomak, masakan dan resepi orang nogori yang padu gila. Yang terakhir adalah Kuah Asam Pedas. Tak banyak nak cerita pasa Kuah Asam Pedas ni. Cuma korang tak perlu pergi Melaka lagi kalau nak rasa Asam Pedas.

 

Itu adalah perkongsian Menu Baru Nasi Gulai di King’s Char Kuey Teow. Ada beberapa lagi menu baru yang kami ingin kongsikan kepada anda semua. Jadi stay tune dan teruskan follow kami dengan update dan info-info yang menarik.

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW Facebook Page King’s Char Kuey Teow untuk info-info yang menarik. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami.

Share This