+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Mesti bagi sesetengah orang fikir yang Nasi Goreng yang dimakan dengan Chicken Chop dan Lamb Chop ada sesuatu yang merapu kan? Ini kerana terdapat sesetengah pelanggan yang mengatakan gabungan Char Kuey Teow bersama Chicken Grill adalah merapu.

Tapi, itu semua pendapat masing-masing. Kami dari King’s Char Kuey Teow sentiasa mendengar pandangan pelanggan kami. Apa yang lebih menarik, lebih ramai pelanggan yang menyukai variasi makanan seperti ini. Bukan sahaja dapat menaikkan selera makan, tetapi juga dapat mencuba pelbagai variasi makanan. Terutama sekali kepada Food Hunter yang sentiasa mencari sesuatu yang baru.

 

Nasi Goreng King’s Char Kuey Teow Kini Lebih Menarik!

Terdapat beberapa penambah baikkan yang dibuat di dapur kami. Setelah membuat beberapa kajian, pelanggan yang datang ke King’s CKT lebih suka makanan yang mempunya pelbagai variasi.

 

Oleh itu, Chef kami telah keluarkan 4 Menu Nasi Goreng yang baru untuk santapan anda semua.

1. Nasi Goreng Sotong

Kebiasaannya, Sotong Goreng hanya terdapat di dalam hidangan Char Kuey Teow sahaja. Tetapi, kali ini penuh dengan kelainan yang mengiurkan bagi pelanggan yang nak makan nasi goreng, tapi mengidam Sotong Goreng di King’s Char Kuey Teow. Kombinasi ini tercipta atas idea dan cadangan beberapa customer yang menginginkan Sotong Goreng ini pada setiap hidangan.

 

2. Nasi Goreng Lamb Chop

Tak kurang juga dengan peminat Daging Kambing. Kini anda boleh menikmati Nasi Goreng bersama Lamb Chop dan French Fries. Disempurnakan dengan kuah Black Paper yang semestinya wajib ada pada hidangan western food. Hidangan Lamb Chop sahaja sudah mampu buat anda tersandar di kerusi, inikan pula dimakan bersama Nasi dan Kentang gorang yang banyak.

 

3. Nasi Goreng Chicken Chop

Chicken Chop yang biasa terdapat didalam menu Western Food, kini lebih mengenyangkan bila dimakan bersama Nasi Goreng. Dan menu ini akan menggantikan Nasi Goreng Ayam.

 

4. NASI GORENG SEAFOOD

 

Yang terakhir ini lah yang paling ISTIMEWA sekali! Sebelum ni pernah makan Nasi Goreng Udang kan? Kalini kami tambah Kepah dalam Nasi Goreng dan jadilah ia Nasi Goreng Seafood yang sangat mengiurkan. Kepah dan Udang yang lagi fresh dimakan bersama Nasi Goreng pasti membankitkan selera si peminat seafood.

 

Itu adalah perkongsian Menu Baru Nasi Goreng di King’s Char Kuey Teow. Ada beberapa lagi menu baru yang kami ingin kongsikan kepada anda semua. Jadi stay tune dan teruskan follow kami dengan update dan info-info yang menarik.

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW Facebook Page King’s Char Kuey Teow untuk info-info yang menarik. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami.

Share This