/widgets.js";var sz=d.getElementsByTagName(s)[0];sz.parentNode.insertBefore(z,sz)}(document,"script","zb-embed-code"));
+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Pada 31 Mac 2019 ini, King’s Char Kuey Teow akan menyertai Malaysia Book Of Record untuk kategori memasak Char Kuey Teow Terbanyak Dalam Masa Satu Jam. Dianggarkan sebanyak 1000 pinggan Char Kuey Teow akan dikeluarkan.

Acara ini dijalankan sebagai tanda penghargaan kami kepada semua pelanggan yang datang ke King’s Char Kuey Teow. Tambahan pula, ia juga sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada YDBP Negeri Sembilan diatas naungan pemerintahan yang aman makmur dan sejahtera ini.

Siapa yang nak habiskan 1000 pinggan tu? Semestinya semua pelanggan kami. 1000 pinggan Char Kuey Teow Percuma untuk anda semua! Tidak perlu daftar atau ambik nombor giliran. Boleh makan sebanyak mana yang anda mahu. Kami beri 1000 pinggan Char Kuey Teow Percuma dalam masa satu jam sahaja.

Sepanjang acara berlangsung, pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk live band, artis jemputan dan aktiviti untuk kanak-kanak dan pelbagai lagi. Kami dari Team King’s Char Kuey Teow mengalu-alukan kedatangan anda semua dan menyertai apa-apa aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut. Semestinya hadiah menarik menanti bagi para pemenang.

Nak tahu lebih lanjut, teruskan follow update dari King’s Char Kuey Teow. Kami akan beritahu lebih lanjut lagi tentang aktiviti yang akan ada pada hari kejadian. Stay Tuned!!! 

 

Jangan lupa subscribe Youtube Kingsckt dan nantikan video-video yang menarik daripada kami. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami. 

Share This