+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Menginap di Hotel 5 Bintang dengan RM50.00!

Pertama sekali, kami ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana tidak pernah berhenti menyokong dan support perniagaan kami daripada dulu sehingga sekarang. Kalau nak dibalas satu persatu jasa anda semua memang tak akan terbalas. Tapi, kami cuba memberikan yang terbaik untuk anda semua!

Sempena menghargai semua jasa pelanggan kami yang tak terbalas ini, kami ingin membuat satu PERADUAN CABUTAN BERTUAH! Dengan hanya berbelanja RM50.00 keatas di dalam satu resit, anda berpeluang memenangi hadiah utama bernilai RM1000.00!

“Wow! Makan RM50.00, dapat menang tido hotel 5 bintang! Berbaloi sangat!”

 

Betul tu. Sebab itulah setiap perbelanjaan anda di King’s Char Kuey Teow sangatlah berbaloi. Dalam berbelanja, makan makanan sedap, lepak dan chill di King’s Char Kuey Teow, diraikan oleh pelayan restoran yang sangat peramah, korang dapat juga peluang untuk memenangi hadia utama ini.

“Betul tu! Dah la dapat makan best, tempat lepak pun best, dapat menang bercuti kat hotel lagi tu, pergh!! Sapa tak nak rugi oii”

 

Untuk pengetahuan anda semua, kita juga menyediakan hadiah-hadiah lain untuk para pemenang yang menyertai cabutan bertuah ini. Antara hadiah yang disediakan adalah:

 

1. Hadiah Utama, Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Lexis Hibicus bernilai RM1000.00

Hadiah Utama ini pasti menjadi pemburu kaki bacpakers dan pelancong. Hotel yang berkonseopkan atas laut, yang diberikan sentuhan citarasa mewah dan servis yang sangat terbaik, menjadikan ia sebuah impian buat semua orang. Pasti semua orang inginkan satu pengalaman yang berbeza di dalam hidupnya, seperti menginap di hotel 5 bintang.

Tapi, mesti ada halangan dari segi kewangan dan diri sendiri untuk mencapai impian itu. Jangan risau! Kami di King’s Char Kuey Teow memahami rasa dan keinginan itu. Oleh itu, kami jadikan Lexis Hibiscus, Hotel Bertaraf 5 Bintang ini sebagai hadiah buat pelanggan yang bertuah.

 

2. Hadiah Kedua, Penginapan 2 Hari 1 Malam, Di Snooxe Boxe Port Dickson, Bernilai RM500

Kebanyakkan pengunjung dan pelanggan yang datang ke King’s Char Kuey Teow adalah dari luar Port Dickson. Dan mereka selalunya akan menginap di Port Dickson buat satu malam. ramai juga yang membawa khemah untuk tidur di tepi pantai dan menikmati suasana malam pantai yang sangat tenang dan santai. Kenapa tidur dalam khemah kalau kami boleh berikan anda penginapan Snooxe Box yang berkonsepkan kontena dan sesuai untuk backpackers.

Hotel Kontena yang sangat selesa dengan banyak kemudahan dan swimming pool ini bakat menjadi hadiah kedua untuk anda yang menyertai pertandingan ini.

 

3. Hadiah Saguhati 3x Hamper bernilai RM100.00

Bagi yang tidak berpeluang memenangi hadiah utama dan kedua, anda berpeluang membawa balik 3 buah hamper yang berniali RM100!

Apalah erti semua hadiah ini tanpa sokongan dan support anda semua. Kami cuba memberikan yang terbaik dan menjadikan setiap pelaburan anda di King’s Char Kuey Teow sangat berbaloi!

 

Bagaimana caranya? Apakah syaratnya?

Caranya cukup mudah. Berbelanja RM50.00 keatas di dalam satu resit, dan anda berpeluang menyertai cabutan bertuah. Jika anda datang lagi dan berbelanja RM50.00 keatas, anda boleh gandakan penyertaan anda. Makin kerap anda makan di King’s Char Kuey Teow, makin tinggi peluang untuk menang.

Pemenang akan diumumkan pada 5 November 2019, didalam #LIVE Facebook Page King’s Char Kuey Teow. Nama pemenang hanya akan diumuman sekali sahaja. So, jangan lepaskan peluang berharga ini! SAVE THE DATE!

 

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW Facebook Page King’s Char Kuey Teow untuk info-info yang menarik. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami.

Share This