+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Mungkin ramai lagi rakyat Malaysia yang tak tahu tentang Sejarah Pembentukan Negeri Sembilan. Kenapa Negeri Sembilan? Dari mana nombor sembilan itu dipilih? Jadi, kali ini King’s Char Kuey Teow nak merungkai keunikan sejarah pembentukan Negeri Sembilan, jadi korang perlu baca dan hayati pengisian ini sampai habis. Buat pengetahuan semua, Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang paling unik pada namanya. Disebabkan negeri ini menggunakan nombor untuk dijadikan nama sebuah negeri.

 

Tapi, apakah fakta disebalik nombor sembilan buat Negeri Sembilan ?

 

Tahukah anda bahawa penamaan nama untuk Negeri Sembilan ini sebenarnya adalah merujuk kepada gabungan sembilan daerah-daerah kecil yang terdapat di negeri ini. Selain itu, kesemua sembilan daerah kecil dikenali sebagai Luak yang terdiri daripada Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Naning, Kelang (sekarang Klang), Hulu Pahang, Inas (sekarang Jelai) dan juga Segamat. Seperti yang korang baca sembilan daerah kecil di atas bukan lagi di bawah negeri Sembilan kerana sudah dikeluarkan.

Antaranya, daerah Segamat yang kita semua tahu adalah jajahan takluk Johor sekarang, daerah Naning yang sekarang dibawah jajahan Melaka, Jelai dibawah jajahan Pahang sekarang dan Klang di bawah jajahan Selangor. Pada tahun 1895, daerah-daerah seperti Gunung Pasir, Tampin, Terachi serta Ulu Muar telah dikanunkan untuk menjadi sebahagian daripada anggota persekutuan baru buat Negeri Sembilan. Jadi, persekutuan inilah yang menjadi asas kepada pembentukan tujuh daerah di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Tampin, Port Dickson, Rembau dan Jempol.

Jom kita mengimbau kembali sejarah terdahulu semasa negeri Melaka yang mempunyai tanah jajahan yang besar dan pernah menguasai hampir keseluruhan Tanah Melayu, tetapi sekarang hanya tinggal sekecil-kecilnya di selatan tanah air. Seterusnya, kisah dimana kerjaan negeri Johor yang meneruskan kegemilangan kesultanan Melaka sehinggakan kesemua negeri melayu tunduk di dalam naunganya. Namun, dahulunya kerajaan negeri Johor pernah berada dalam keadaan kucar kacir dan lemah dalam pentadbiran.

 

Beberapa Negeri keluar dari jajahan Johor

 

Negeri-negeri di bawah jajahan Johor telah membebaskan diri daripada kerajaan Johor termasuklah Negeri Sembilan. Disamping itu, pada tahun 1773 pula merupakan permulaan dalam pembentukan kerajaan Negeri sembilan apabila orang Minangkabau di Rembau, Sungai Ujong dan Naning mengambil kesempatan untuk menjemput seorang anak raja iaitu Raja Melewar dari Pagar Ruyung.

Akhir sekali, bagi memerintah negeri-negeri yang mempunya ramai penduduk Minangkabau di Semenanjung dengan menggunakan gelaran Yam Tuan atau Yang Dipertuan Besar.

Jadi apa yang korang dapat dari sejarang unik Negeri Sembilan ni? Bukan sahaja namanya yang unik tetapi sejarah disebalik tanah jajahan dan perubahan taklukan juga sangat unik sehingga terbentuknya Negeri Sembilan sehingga hari ini. Selain daripada sejarahnya yang hebat, negeri ini juga hebat dari sektor pelancongan, terutamanya Port Dickson yang mempunyai tempat tarikan pelancong paling berjaya di Negeri Sembilan.

Sumber : Sejarah My

 

King’s Char Kuey Teow 

Tambahan lagi, Port Dickson juga menjadi tempat pelancongan favourite kepada para FoodHunters di seluruh Malaysia. Restoran terbesar di Port Dickson iaitu King’s Char Kuey Teow merupakan tarikan utama di Port Dickson. Keluasan restoran ini juga mampu memuatkan 1300 dan 200 kereta dalam satu masa, serta restoran ini betul-betul berhadapan dengan pantai. Live band and Buskers pun ada tau ! Jadi, jom lah singgah makan penuh santai di King’s Char Kuey Teow dan lepas tu korang boleh lah bercuti dengan perut yang kenyang dan hati yang senang.

Lokasi King’s Char Kuey Teow

 

 

Untuk DELIVERY dan TEMPAHAN, boleh dibuat melalui Whatsapp, Facebook dan Official Website.

Whatapps : kingsckt.whatsapp
Lokasi : mapsKingsCharKueyTeowPD
Website : kingsckt.com
Facebook : King’s CHAR KUEY TEOW
Instagram : kingsckt 

Share This