+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Pasti kita sendiri atau sesiapa pun bosan pergi ke tempat yang sama kan. Kita sering pergi ke pusat membeli belah, pergi ke taman permainan ataupun pusing-pusing dalam kawasan rumah sahaja. Pergi ke tempat kerja dan pulang ke rumah. Begitulah rutin harian yang sering kita lalui.

Walaupun terdapat banyak tempat menarik di luar sana, sukar dinafikan pantai ini adalah salah satu keindahan semulajadi yang kita sendiri tidak mampu untuk huraikan keistimewaannya, terutamanya pantai-pantai yang terdapat  di dalam negara.

Pantai ini juga boleh dikaitan dengan aspek kesihatan dan pemikiran. Perasaan tenang itu lahir apabila kita sendiri menjejakkan kaki ke kawasan pantai. Oleh itu, tidak dinafikan sekiranya kawasan pantai sentiasa menjadi pilihan masyarakat hari ini.

Banyak kelebihan kita akan dapat bila ke pantai, seperti:

a) Lakukan grounding di pasir pantai 

Pasti korang pernah dengar perkataan grounding. Grounding ialah teknik memijak tanah tanpa sebarang alas (stokin/kasut) iaitu berkaki ayam. Tapak/tanah yang dipijak boleh jadi seperti kayu, batu, pasir, rumput atau tanah liat. Kenapa perlu grounding?  Ramai di antara kita apabila bangun di pagi hari, bersarapan dan terus ke tempat kerja. Kadang-kadang sudah pergi ke tempat kerja, masih lagi belum nampak matahari. Kita menghabiskan masa seharian di tempat kerja hingga lewat malam.

Anda perasan atau tidak bahawa kita jarang berada di luar rumah? Hari Ahad pun tak keluar rumah, duduk berehat sahaja di dalam rumah dan jarang berkunjung ke pantai.

Kita seharusnya keluar dari rumah dan melakukan aktiviti di luar dengan kerap, walaupun sekadar penyapu daun-daun kering. Kulit kita hendaklah sentiasa terdedah kepada pancaran matahari pagi kerana, terdapat banyak manfaat terutamanya untuk merangsang hormon kortisol dan serotonin.

Apakah itu hormon kortisol dan serotonin? Hormon serotonin juga dipanggil ‘happy hormone’ yang dapat membangkitkan mood ceria di dalam diri kita. Korang semua mesti merasa ‘sendu’ apabila masuk ke tempat kerja kan.  Untuk ‘grounding’ diri anda. Dengan memijak pasir atau tanah, akan dapat merangsang hormon yang positif dalam tubuh badan kita.

Grounding boleh dijadikan sebagai amalan untuk kesihatan fizikal, mental dan emosi. Jasad manusia terdiri daripada unsur tanah. Sesekali kita hendaklah kembali berpijak di bumi yang nyata. Kita hendaklah mendekatkan diri kepada unsur alam semulajadi, sebagai salah satu cara meningkatkan tahap kesihatan diri.

Badan kita secara semulajadi berada pada keadaan ‘negative ionised state’. Anda perasan atau tidak? kita sentiasa dikelilingi oleh teknologi-teknologi (yang mempunyai EMF – gelombang elektro magnetik) yang mempengaruhi tenaga kita sehingga kita mempunyai banyak ion positif yang kita kumpulkan sepanjang hari.

Sumber : xtra.com.my

 

b) Kebaikan bayu laut 

Banyak kebaikan dan kelebihan bayu laut ini. Bukan macam seperti lagu “angin membayu, membawa diriku sepintas lalu ku tekenangkanmu”. Bukan yer. Bayu laut ini sebenarnya kaya dengan garam mineral dan juga memiliki ion-ion yang dipercayai mampu mencetus efek ‘anti depressant’ kepada otak dan membolehkan mood seseorang menjadi lebih tenang dan ceria. Sumber: SirapLimau.com

Sumber: tripcarte.Asia

c) Aktiviti yang menyeronokkan

Bila berada di pantai, pastinya banyak aktiviti riadah bersama keluarga dapat dilakukan bersama-sama. Sesekali dapat juga mengeratkan hubungan silaturahim bersama keluarga kembali. Pada hari biasa, kita sentiasa sibuk dengan bekerja, anak-anak pula bersekolah dan jadual mereka penuh dan padat pada setiap hari ditambah pula dengan aktiviti kokurikulum dan kerja sekolah. 

Hanya pada waktu hujung minggu sahaja kita dapat meluangkan masa bersama keluarga. Jadi, beriadahlah bersama keluarga di kawasan pantai, sedikit sebanyak dapat memberikan saat-saat terindah dalam hidup kita. 

 

 

  Sumber: Mat Drat

Sebuah kajian pada tahun 2012 oleh University of Exeter Medical School, England mendapati bahawa tinggal berdekatan dengan pantai juga mampu meningkatkan atau meransang kesihatan mental serta psikologi yang positif.

Jika ingin beli sebuah rumah di tepi pantai mungkin agak susah disebabkan faktor kos hartanah yang tinggi. Jadi, apa kata, kita bawa sahaja anak-anak dan keluarga berhujung minggu di tepi pantai dengan lebih kerap? bukan anak-anak saja, kita sendiri pun akan rasa lebih ceria!

Share This