+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Bagaimana mewarna boleh membuatkan anak kita pandai? Jangan pandang rendah kesan aktiviti ini kepada meraka, banyak faedahnya!

Mewarna adalah aktivit kegemaran si manja. Dengan berbekalkan pensil warna, crayon dan pelbagai lagi alat mewarna menjadikan mereka lebih SEMANGAT dan GEMBIRA melakukan aktiviti ini. Kini, kami kongsikan 9 faedah aktiviti mewarna kepada anak.

1. Koordinasi mata dan tangan

Aktiviti ini memerlukan kanak-kanak untuk menyelaraskan mata dan pergerakan tangan. Menjadikan mereka lebih mahir dalam pelbagai perkara yang melibatkan penggunaan tangan seperti menulis, menjahit dan menaip pada masa akan datang

2. Cengkaman

Bantu sebagai asas untuk menulis dengan baik. Mewarna membantu kanak-kanak melatih cengkaman jari dengan baik.

 

3. Kawalan tangan

Menerusi aktiviti ini, kanak-kanak akan belajar untuk memegang pensel dan mengawal pergerakkanya dengan cara mewarnai tanpa melampaui garis.

 

4. Meningkatkan tumpuan

Mewarna melatih si manja memberikan tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan. Dia perlu menumpukan perhatian kepada pergerakan pensel warna dan tugasannya dalam menyiapkan karyanya di atas kertas itu.

 

5. Mengenal warna

Mana satu biru, hijau dan merah? Lorekan warna-warni mempersonakan matanya. Aktiviti ini ialah sesi pengenalan untuknya kepada warna. Mama dan papa perlu ada untuk mengajarnya jenis warna yang betul.

 

6. Merangsang kreativiti

Dalam aktiviti ini, mereka akan berfikir tentang kombinasi warna yang boleh digunakan untuk memberi rupa bagi gambar yang sedang diwarnainya. Dia berimaginasi dalam aktiviti ini dan merangsang potensi kreatif di dalam dirinya.

 

7. Bertenang dan fokus

Waktu bagi dirinya untuk bertenang. Anak akan belajar untuk bersabar dan fokus kepada penelitian dalam menyudahkan projek mewarnanya.

 

8. Terapi psikologi

Mewarna terbukti menjadikan terapeutik untuk sesetengah kanak-kanak terutamanya jika mereka kerap melakukannya. Ia boleh menjadikan medium luahan emosi melepaskan perasaan seperti kekecewaan, kesedihan dan sebagainya.

 

9. Bonding time!

Ini juga bonding time buat anak-anak dan ibu bapa. Mama dan papa meluangkan masa untuk duduk bersama anak berbincang tentang objek yang sedang diwarnainya. Biarkan dia bercerita dan berimaginasi mencipta cerita tentang apa yang diwarnakannya itu.

 

Macam mana perasaan anak-anak bila mendapat pencil warna baru. Seronok kan? Kitorang nak beri 100 pecil warna PERCUMA bagi 100 peserta terawal menyertai pertandingan mewarna pada 31 Mac 2019 ini.

Sempena menyahut cabaran Malaysia Book Of Record, memasak 1000 pinggan char kuey teow dalam masa 1 jam, kami juga akan adakan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak 5 – 6 tahun.

Pada cuti sekolah nanti boleh la bawa anak-anak datang ke King’s Char Kuey Teow untuk merapatkan lagi bonding bersama anak-anak dan makan 1000 pinggan char kuey teow percuma!

Jumpa anda semua di sanan nanti ye!

 

Sumber : majalahpama.my

Jangan lupa subscribe Youtube Kingsckt dan nantikan video-video yang menarik daripada kami. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami. 

Share This