+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Selalu makan je tahu. Tapi korang tahu ada terdapat pelbagai jenis mee yang terdapat di Malaysia? Macam-macam bentuk dan warna ada. Banyak jenis yang dah cuba tapi tak tahu pun namanya. Jadi, King’s CKT nak kongsikan 8 jenis mee yang selalu digunakan dalam masakan harian kita.

1. Mee Kuning

Kalau tak tahu mee ni korang memang menyedihkan. Ini Mee yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia, Mee Kuning. Ada sesetengah orang panggil “mee gemuk” sebab dye tebal-tebal.

Mee kuning ini boleh dilihat pada kebanyakkan hidangan malaysia. Antara hidangan yang popular yang menggunakan mee kuning ialah mee goreng mamak, mee goreng dan juga mee bandung.

Tekstur mee kuning yang lembut serta berlemak menyebabkan ia sangat sesuai dimakan dengan kuah mee bandung yang penuh dengan perisa. Di samping itu, Mee kuning juga dimakan dengan kuah mee rebus. Kuah mee rebus yang penuh dengan perisa pasti akan membangkitakan selera anda.

2. Mee Hoon

Mee hoon merupakan salah satu jenis mee yang juga menjadi pilihan ramai orang.

Antara masakan untuk mee hoon inlaag mee hoon goreng dengan perahan jus limau pada atasnya. Mee hoon antara mee yang kurang mengenyangkan dan anda perlukan sekurang-kurang dua pinggan mee untuk rasa kenyang.

Selain itu, mee hoon juga digunakan sebagai bahan untuk membuat laksa Sarawak. Tekstur mee hoon yang halus membuatkan hidangan laksa Sarawak sangat sedap dimakan dan hanya satu sedutan sahaja.

3. Mee Sanggul

Kepada mereka yang tak tahu macam mana rupanya, jangan pening. Sebab mee sangul mengikut namanya iaitu bentuk mee yang bersanggul.

Mee sanggul ini boleh disamakan dengan spaghetti fettucini iaitu bentuknya yang lebar dan panjang. Tekstur ini membuatkan ia sedap dimakan dengan hidangan yang berkuah kerana ia mampu serap kuah dengan baik.

Antara hidangan yang menggunakan mee sanggul sebagai asasnya ialah seperti mee hailam. Mee hailam yang penuh dengan rasa yang manis dan masin pasti menterujakan semua orang.

4. Yee Mee

Ingat lagi Yee Mee Cantonese Style? Mereka yang gemari sesuatu yang ranggup pasti akan mengemari Yee Mee. Yee Mee yang datang dalam bungkusan lut sinar ini merupakan salah satu mee yang ranggup dan anda boleh makan begitu sahaja (tetapi tak sesedap jika berkuah).

Tektur yee mee yang ranggup ini biasanya dibuat dengan hidangan yang berkuah seperti claypot yee mee. Tekstur serta kuah claypot yang selalunya mempunyai imbangan anatara masin dan manis ini pasti membuat anda makannya berulang kali.

5. Suhun

Suhun yang berbentuk panjang seperti mee hoon tetapi warna yang agak lut sinar membuatnya sangat unik berbanding jenis mee yang lain.

Walaubagaimanapun, suhun merupakan salah satu jenis mee yang tidak menjadi bahan utama tetapi seringkali menjadi bahan sampingan. Hal ini boleh dilihat dalam hidangan yang menggunakan suhun iaitu seperti som tam yang menggunakan suhun sebagai bahan perasa sahaja.

Suhun ini ialah jenis mee yang baik kerana ia mampu mencampurkan kuah serta sos hidangan tersebut dan memekatnya lagi. Jadi jangan pandang rendah kepada suhun.

6. Laksa Spaghetti

Laksa spaghetti memainkan peranan yang sangat penting dalam hidangan laksa Johor. Tanpa adanya laksa spaghetti ini, laksa Johor tidak akan rasa sedap dan ia akan jadi seperti laksa yang lain.

Laksa spaghetti ini yang padat ini pasti mengenyangkan pemakannya. Campuran kuah laksa Johor yang bersantan amatlah sesuai digandingkan dengan laksa spaghetti. Pernah tak korang cuba makan mee hoon dengan kuah laksa Johor? Tak sama rasanya kan? Sama seperti kami, jikalau laksa spaghetti tidak digunakan dalam hidangan laksa Johor, maka itu bukanlah laksa Johor.

7. Laksam

Mee laksam merupakan salah satu hidangan yang amat unik kerana jenis mee ini tidak digunakan pada hidangan makanan yang lain dan hanya terdapat laksam yang penuh bersantan.

Keunikan laksam ini merupakan faktor ia perlu diketengahkan dan tekturs laksam ini yang seperti tepung beras akan pasti menyebabkan anda kenyang.

8. Char Kuey Teow

Sapa tak kenal Kuey Teow! Kegemaran seluruh rakyat Malaysia yang mulanya terkenal di P.Pinang sebagai Char Kuey Teow.

Kuey teow yang pada dasarnya merupakan mee yang berminyak, memberi satu elemen yang berlemak kepada hidangan kuey teow tersebut.

Biasanya hidangan yang akan dimasak adalah Kuey Teow Goreng. Tapi, di King’s Char Kuey Teow, korang boleh rasa pelbagai variasi Kuey Teow dari Sotong, Kambing, Daging, Ayam Grill dan Udang. Sememangnya SPECIAL GILA! Rugi siapa yang belum cuba.

Sumber : butterkicap.com

Jangan lupa subscribe Youtube Kingsckt dan nantikan video-video yang menarik daripada kami. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami. 

Share This