+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Tidak lengkap Tahun Baru Cina tanpa jamuan makan besar bersama ahli keluarga.Pastinya jamuan makan besar bersama keluarga adalah wajib bagi meraikan Tahun Baru Cina. Ia dibuat pada malam sebelum sambutan.

Hidangan seperti ikan, udang, ayam, mee, limau mandarin serta kuih bakul antara sajian wajib ketika jamuan makan besar. Bukan hanya dikatakan membawa tuah tetapi tradisi ini kaya dengan nilai simboliknya.

Kuih bakul atau Nian Gao merupakan kek tahunan yang perlu ada sebagai pemanis.

Sumber: mykitchen101en.com

Bebola Pulut manis atau dikenali sebagai Tangyuan yang membawa maksud kesatuan keluarga.

Sumber: Cerita Budak Sepet

Ikan dan ayam dalam perkataan Cina, ia membawa tuah yang banyak dan memberi rezeki kepada mereka.

Sumber: Google

Mi Panjang Umur (Longevity Noodle) pula dihidang bagi melambangkan kebahagiaan dan untuk mendapatkan umur yang panjang.

Sumber: hiloved.com

Menjelang Tahun Baru Cina, Limau Mandarin seringkali dipamerkan atau dihadiahkan kepada tetamu simbolik kepada kesejahteraan dan kemewahan disebabkan bentuknya yang bulat serta warnanya yang keemasan.

Sumber: mStar

Popia juga antara menu yang sering disediakan di hari perayaan dan ia membawa maksud kekayaan.

Sumber: Sinar Plus

Ladu ialah menu klasik masyarakat Cina yang berbentuk bujur. Ia sering disajikan semasa Tahun Baru yang turut membawa makna kekayaan.

Sumber: Katakan Terkenal

Happy Chinese New Year 2023! Gong Xi Fa Cai! Happy Holiday! 

#kingsckt #CNY2023

Share This