+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Bersediakah kita untuk pulun 10 malam terakhir?

Ketika tiba 10 malam terakhir, Rasulullah juga menunjukkan kesungguhan yang luar biasa sebagaimana yang diceritakan oleh Aisyah RA, beliau menceritakan:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda SAW membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 3436].

(SUMBER INFOGRAFIK : JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA- JAKIM)

Amalan yang dianjurkan untuk 10 malam terakhir di bulan Ramadhan

Misi memburu malam Lailatu qadr

Perkataan lailatu qadr berasal dari dua perkataan Bahasa Arab, iaitu ‘lailah’ yang bermaksud malam iaitu bermula apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar. Manakala ‘al-Qadar pula memberi maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan.

  1. Lebih baik daripada seribu bulan.

Imam al-Qurtubi berkata:

Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar.

Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.

  1. Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut.

Imam Qurtubi berkata:

Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.

3. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.

4. Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar.

Al-Dahhaq berkata:

Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan.

Sedangkan Mujahid berpendapat:

Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.”

 

Semoga kita diberi peluang bertemu malam Lailatul Qadr di malam 10 terakhir di bulan Ramadhan. InsyaaAllah.

P/S: Kami beroperasi SETIAP HARI sepanjang bulan Ramadhan bermula jam 5 ptg hingga 2 pagi. Korang yang tak sempat berbuka di sini, boleh singgah sahur di King’sCKT, Port Dickson.

Share This