+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Orang yang tak berguna hanya hidup untuk makan dan minum. Tetapi, orang yang berguna, makan dan minum untuk hidup.

Ia merupakan suatu gambaran bagaimana makanan dalam kehidupan seharian kita.

Dan ia adalah satu peringatan bahawa makanan yang kita makan mempunyai impak secara terus kepada hidup, kesihatan, rupa dan sudah pastinya produktiviti kita.

Namun, berapa ramai yang betul-betul ambil berat tentang pemakanan mereka?

Menjadi satu cabaran bagi kita untuk mengekalkan nutrisi pemakanan apabila terdapat pelbagai cadangan dan idea yang berbeza daripada sesetengah orang.

Oleh itu, mari kami kongsikan beberapa tips untuk menjaga pemakanan supaya lebih teratur dan berkesan.

1. Rancang pemakanan untuk 1 minggu

Luangkan hujung minggu untuk merancang makanan kita setiap hari. Contohnya nak beli barang apa untuk kita makan dalam masa satu minggu supaya tidak terpaksa makan meggi pada lewat malam sebagai pilihan. Tambahan pula, kita dapat jimatkan kos perbelanjaan daripada terlebih guna.

2. Buat diari pemakanan

Setiap apa yang kita makan, cuba kita catat didalam telefon pintar atau buku nota. Ini memudahkan kita untuk tengok balik apa ynag kita makan selama satu minggu. Mesti korang kagum tengok berapa banyak makanan yang dimakan dalam masa satu minggu.

Jika kita nak lebih advance, terdapat aplikasi yang boleh membantu kita mengira jumlah kalori yang kita ambil setiap hari.

 

3. Berpuasa pada hari tertentu

Tak dapat disangkal lagi, berpuasa memang banyak kelebihan dalam menjaga kesihatan. Satu kajian mendapati bahawa berpuasa meningkatkan metabolisma badan manusia secara mendadak. Dari situ dapat juga membantu kita untuk mengurangkan rasa lapar dan membakar lemak dengan lebih cepat.

Cubalah berpuasa dua kali seminggu (isnin dan khamis) seperti mana yang dinasihatkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Jika itu terlalu sukar, amalkan tiga kali sebulan (hari ketiga belas, empat belas dan lima belas dalam kalendar bulan Islam)

 

4. Jangan tinggalkan SARAPAN!

Breakfast is a King! Sarapan bertindak sebagai catalyst (pemangkin) untuk tubuh badan dan minda kerana ia menjadi sepak mula kepada metabolisma kita. Metabolisma pula adalah enjin yang bertanggungjawab terhadap kepantasan fungsi otak dan tubuh kita.

Bersarapanlah dengan makanan yang dapat menguatkan otot daripada sumber protein yang baik seperti telur dadar. Berikan juga karbohidrat yang penting seperti oat, muffin atau roti untuk otak kita.

 

5. Sentiasa bawa snek sihat (kunyah-kunyah)

Kita sememangnya memerlukan snek sihat untuk memastikan tenaga kita sentiasa tinggi antara sela hidangan. Kacang memberikan lemak yang baik untuk aktiviti otak yang baik dan mempunyai banyak tenaga.

Bawa sedikit bekalan kacang campuran dan buah-buahan kering dalam beg kerja kita seperti kismis, kurma dan coklat. Mengekalkan tenaga kita antara hidangan akan membantu kita untuk menjadi sentiasa bertenaga fokus dan produktif.

 

6. Makan buah-buahan

Buah adalah sumber karbohidrat yang diperlukan oleh otak dan sumber tenaga untuk tubuh. Sebiji buah adalah snek yang ideal untuk mengekalkan tenaga dan aktiviti otak pada tahap tinggi antara hidangan.

Makanlah epal yang penuh fiber, pisang yang penuh potassium, atau buah berry yang penuh dengan anti-oksida. Kebaikan pada buah-buahan ini adalah berlipat kali ganda.

 

7. Minum 1 hingga 2 liter air setiap hari

Air adalah sumber kehidupan. Badan manusia terbina daripada 60 peratus air. Dehidrasi menyebabkan kemalasan, kelambatan dan ketidakmampuan untuk fokus serta menyebabkan sakit kepala. Fokus korang akan terganggu bila bekerja.

Badan kita memerlukan air untuk menyebarkan nutrien melalui saluran darah kepada organ tubuh, termasuklah otak. Namun ramai daripada kita yang mengalami dehidrasi tetapi tidak menyedarinya.

Jangan keluar dari rumah tanpa membawa sebotol air. Jangan pergi kerja tanpa membawa sebotol air. Dan jangan lakukan apa-apa pun tanpa sebotol air!

 

 

Bila dah rancang pemakanan korang, tak ada masalah duit tak cukup bila hujung bulan. Mesti ada lebih. Masa itu la korang boleh belanja untuk makan makanan yang sedap-sedap. Orang kata, sekali sebulan melantak. Sebab hari-hari lain kita dah tahan nafsu untuk jaga pemakanan, tiba hujung minggu kita makan sedap-sedap dengan keluarga. Maknanya kita berjimat untuk kebahagiaan keluarga.

Nak makan tapi nak makanan yang bersih dan sihat? King’s Char Kuey Teow kan ada. Selain Char Kuey Teow, macam-macam lagi hidangan yang menarik untuk korang menyantap bersama keluarga tersayang. Rancanglah percutian korang ke Port Dickson dan tetapkan destinasi pilihan makanan anda di King’s Char Kuey Teow.

Sumber :inchenaim.com

Jangan lupa subscribe Youtube Kingsckt dan nantikan video-video yang menarik daripada kami. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami. 

Share This