+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Pada 14 Januari 2019, King’ Char Kuey Teow telah mengadakan kempen Char Kuey Teow Percuma Sempena Hari Keputeraan ke-71, Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan telah mendapat sambutan sebanyak 4000 orang.

Ini adalah sebagai tanda terima kasih kami kepada semua 222,681 pelanggan yang pernah datang King’s Char Kuey Teow pada tahun 2018. Selain itu, ia juga menunjukkan rasa syukur atas pemerintahan di negeri yang penuh adat dan harmoni ini.

Persembahan yang menarik dan menghiburkan daripada Langgar Buskers memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut. Tambahan pula, terdapat beberapa pelanggan bertuah yang membawa pulang Bantal Hotel 7 bintang dari Das Abdul Global kerana menyertai kuiz mini yang telah diadakan. Ada juga yang membawa pulang t-shirt dari Sasuke Outlet dan Naez Serum dengan menyertai aktiviti tersebut.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak penaja yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Selain itu, pihak media seperti Utusan Online, Kosmo! dan Bernama News Channel juga turut serta dalam menjayakan program ini.

Tak lupa juga kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan. Walaupun beratur panjang untuk mendapatkan sepinggan Char Kuey Teow, anda tetap mempamerkan senyuman di wajah. Tak ada yang lebih menggembirakan, selain dari melihat anda pulang dengan rasa puas hati dan gembira. Setiap senyuman, lambaian tangan tanda terima kasih korang terhadap kami, sngat-sangat kami hargai.

“JANGAN MINTA SEGUNUNG PERMATA, SELAUTAN EMAS PUN BELUM TENTU KAMI DAPAT MEMBALASNYA”

Jangan lupa subscribe Youtube Kingsckt dan nantikan video-video yang menarik daripada kami. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami. 

Share This