+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com
Kebanyakkan orang pada zaman sekarang mencari pemanis sebagai ganti kepada gula, terutamanya ibu bapa. Bukan apa, mereka nak kurangkan pengambilan gula dalam makanan. Tapi, buat pengetahuan korang, pemanis buatan atau tiruan ini mempunyai kesan yang lebih buruk berbanding gula biasa. Ini kerana, pemanis tiruan ini adalah bahan kimia yang ditambah di dalam minuman dan makanan untuk membuatkan ianya berasa lebih manis. Industri pemakanan lebih cenderung untuk memilih pemanis tiruan berbanding kerana ia mempunya kos pembuatan yang lebih murah dan hampir tidak mempunyai kalori. Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), setiap 1 daripada 4 kanak-kanak didapati mengambil pemanis yang tidak berkhasiat (nonnutritive sweetener) atau kata lainnya, pemanis buatan. Apa yang lebih mengejutkan, 80% daripada kanak-kanak ini mengambil pemanis buatan setiap hari melalui pemakanan mereka. Jadi, terdapat 8 jenis pemanis buatan yang lebih manis dari gula yang digunakan di dalam makanan dan minuman pembuatan industri.

 

1. Sakarin (saccharin)

Pemanis buatan ini pertama kali dihasilkan dan digunakan pada tahun 1879. Ia biasa digunakan dalam minuman, jus buah, yogurt dan juga jeli. Manisnya 200 hingga 700 kali ganda daripada gula biasa. Walau bagaimanapun, sakarin tidak mengandungi kalori.

 

 

2. Aspartam (aspartame)

Biasanya dijual di bawah jenama seperti NutraSweet, Equal atau Sugar Twin. Aspartame 200 kali lebih manis daripada gula biasa. Ia adalah sejenis manis buatan, yang tidak tahan panas dan kehilangan rasa manisnya ketika dipanaskan. Oleh itu, ia jarang digunakan dalam produk roti atau kek.

 

3. Acesulfame potassium

Gula tiruan ini juga disebut kalium acesulfame atau Ace-K. Ia biasanya diletakkan dalam pencuci mulut beku, gula-gula, minuman, produk roti dan kek, dan makanan berkarbonat.

 

4. Sucralose

Manisnya sukralosa adalah 600 kali ganda daripada gula biasa. Ia dijual di bawah jenama Splenda. Ia digunakan secara meluas dalam makanan seperti roti, minuman, gelatin dan pencuci mulut tenusu (seperti yogurt).

 

 

5. Neotame

Dijual di bawah jenama Newtame, rasa manisnya lebih tinggi daripada aspartam dan sukralosa. Manisnya 7,000 hingga 13,000 kali ganda daripada gula biasa. Ia juga pemanis buatan tahan panas.

 

6. Stevia

Steviol glikosida adalah sebahagian daripada bahan semula jadi Stevia rebaudiana. Ini adalah tanaman yang berasal dari Amerika Selatan dan dinamakan semula stevia. Hari ini, banyak produk minuman menggunakan stevia dalam pengeluarannya.

 

7. Advantame

Ia berasal dari aspartam, dan manisnya 20,000 kali lebih manis daripada sukrosa atau gula biasa. Ia biasanya terdapat dalam produk minuman, serbuk minuman, produk memasak dan juga roti.

 

 

8. Ekstrak buah Luo Han Guo/Monk Fruit

Ekstrak buah ini mempunyai tahap kemanisan antara 100 hingga 250 kali ganda berbanding gula biasa yang kita makan. Siraitia grosvenorii Swingle atau buah Luo Han Guo ini adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari Selatan China.

 

 

Adakah benar gula buatan ini boleh menyebabkan kanser?

Kita mungkin pernah mendengar bahawa pemanis buatan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, terutamanya kanser. Ini kerana kajian yang dilakukan pada tahun 1970 mengaitkan pemanis buatan sakarin dengan penyebab kanser pundi kencing pada tikus eksperimen. Hasil daripada penyelidikan ini, sakarin pernah dilabel sebagai bahan berbahaya bagi kesihatan manusia.
Namun, beberapa institusi kesihatan, seperti Institut Kanser Nasional, menunjukkan bahawa tidak ada bukti bahawa pemanis buatan dapat menyebabkan kanser dan masalah kesihatan yang serius. Beberapa kajian juga mengesahkan bahawa jumlah pemanis tiruan ini masih selamat. Kemudian diumumkan bahawa Sakarin selamat digunakan dalam makanan dan minuman.
Setakat ini, lebih daripada 30 kajian manusia telah dilakukan terhadap pemanis buatan ini, dan semua kajian menunjukkan bahawa mereka tidak menyebabkan kanser.

 

 

Untuk DELIVERY dan TEMPAHAN, boleh dibuat melalui Whatsapp, Facebook dan Official Website.

Whatapps : kingsckt.whatsapp
Lokasi : mapsKingsCharKueyTeowPD
Website : kingsckt.com
Facebook : King’s CHAR KUEY TEOW
Instagram : kingsckt 

Share This