+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Makanan adalah salah satu sumber yang penting kepada manusia. Yelah kan, kalau tak makan macam mana nak teruskan hidup. Makan pun kene ada guidance, kalau tak pelbagai penyakit yang kita boleh dapat. Contohnya, masalah utama rakyat Malaysia adalah obesiti. Makanan yang tinggi kandungan kalori, boleh membawa kepada obesiti dan seterusnya kepada penyakit kronik yang lain. Walaupun kita tahu apa effect makanan tak sihat pada tubuh badan kita, jangan kita makan makanan berkhasiat secara berlebihan. Ada cara kalau nak makan makanan khasiat ni, bukan ambil dalam quantiti yang banyak. Bukan apa, takut ada sistem tubuh badan kita yang akan terganggu akibat consumption yang terlalu banyak. Tapi, ada masalah lain yang lebih mustahak untuk dibincangkan, iaitu 7 Mitos Makanan Yang Tak Betul Dan Selalu Orang Percaya. Salah faham ni selalu berlaku dalam masyarakat kita, jadi kali ini kita akan rungkaikan Mitos yang selalu orang percaya.

 

1. Lobak Merah, Sayuran Yang Baik Untuk Mata

Korang selalu tak dengar orang cakap, yang lobak merah bagus untuk tajamkan penglihatan mata kita? Tapi, menurut kajian yang dilakukan, sayuran hijau sebenarnya lebih elok untuk tajamkan penglihatan daripada lobak merah. Sayuran hijau terbukti lebih efektif untuk menajamkan dan mencerahkan mata berbanding lobak merah.

 

2. Diet Tak Perlu Ambil Makanan Berlemak

Ini adalah kepercayaan orang yang tak buat research sebelum nak diet. MITOS DAN SALAH SAMA SEKALI. Tubuh badan kita pun perlukan lemak kalau nak diet. Dalam diet, lemak boleh didapati dari kacang, biji-bijian dan dari ikan tertentu. Nak diet bukan tak boleh ambil makanan berlemak langsung, tetapi dalam kondisi yang terkawal.

 

3. Vitamin C Dapat Menghindari Dari Perut Masuk Angin

Ramai orang percaya yang vitamin C dapat menghidari dari perut masuk angin. Namun, dalam sebuah kajian dari para ilmiah mendapati, vitamin C tidak memberikan pengaruh dan effect apapun pada tubuh manusia untuk melindunginya dari masuk angin. Selain itu juga, vitamin C tidak berpengaruh untuk menghindari flu.

 

4. Kopi Boleh Menghalang Pertumbuhan Kanak-Kanak

Ini juga salah satu mitos yang sering didengari. Menurut kajian, kopi tidak berpengaruh pada kecepatan pertumbuhan pada kanak-kanak. Makan makanan yang sihat dan seimbang adalah faktor utama  kanak-kanak membesar dengan sihat.

 

 

5. Buah Sejuk Dianggap Tidak Sihat Berbanding Buah Segar

Memakan buah sejuk mahupun buah segar sebenarnya memiliki kandungan nutrisi yang sama. Mengikut kondisi sebenar buah, buah yang sejuk lebih bagus kerana menyimpan lebih banyak vitamin dan mineralnya. Bagaimanapun, buah segar pula akan lebih baik dimakan terus tanpa simpan [ada waktu yang lama agar nutrisinya tetap segar.

 

 

6. Susu baik untuk kekuatan tulang

Ini adalah salah satu manfaat susu yang sering kita dengar. Pakar nutrrisi meneliti bahawa ada banyak sumber makanan yang jauh lebih memberikan pengaruh untuk kesehatan tulang. Bukan itu sahaja, beberapa susu tertentu dapat menghilangkan kalsium pada tulang, sehingga meningkatkan risiko patah tulang sesuai dengan kondisi tubuh masing-masing.

 

7. Karbohidrat dari biji-bijian tak elok untuk tubuh badan

Manusia biasa memerlukan tenaga. Salah satu sumber karbohidrat yang baik berasal dari biji-bijian. Menurut kajian, orang yang suka makan biji-bijian terhindar 30% dari penyakit jantung.

Jadi, inilah dia 7 mitos makanan yang tak betul dan selalu orang percaya. Lepas dah baca ni korang boleh sebarkan kepada yang lain supaya tak terus percaya dengan mitos yang betul. Kalau korang nak diet atau amalkan makanan yang sihat, jumpa lah dengan pakar diet atau rujuk laman web kesihatang yang rasmi untuk dapatkan info-info dan fakta tentang khasiat makanan. Ingat, Tak Pasti, Jangan Kongsi.

 

 

Untuk  dan TEMPAHAN, boleh dibuat melalui Whatsapp, Facebook dan Official Website.

Whatapps : kingsckt.whatsapp
Lokasi : 
Website : kingsckt.com
Facebook : King’s CHAR KUEY TEOW
Instagram : kingsckt 

 

 

Share This