+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Bila mood bercuti ni confirm korang nak try pelbagai jenis makanan seperti masakan melayu, cina, india ataupun western food. Bak kata orang putih craving satisfy bila korang dah dapat makanan yang korang teringin sangat. Jika korang bercuti ke Port Dickson, korang wajib cuba 7 Makanan istimewa ini :

 

1. Char Kuey Teow Sotong @ King’s Char Kuey Teow   

Tak dapat dinafikan lagi, Char Kuey Teow Sotong adalah menu paling best disajikan oleh Ladang Char Kuey teow terbesar di Malaysia iaitu King’s Char Kuey Teow, Port Dickson. 

Sajian yang dilengkapi dengan dua SOTONG BESAR dan Char Kuey Teow yang pekat, likat dan panas confirm buat korang terbang di awangan. Juadah istimewa ini menjadi pilihan ramai jika berkunjung ke restoran King’s Char Kuey Teow. Boleh dikatakan favourite food lah kat Port Dickson ni.

Address: Lot 402, King’s Char Kuey Teow (Berhadapan Pantai Cahaya Negeri), Batu 4, Jalan Pantai, Si Rusa

Contact: 017-633 3644

More info : Facebook King’s Char Kuey teow

 

2. Kari Kepala Ikan @ Kari Kepala Ikan Deen

Siapa yang minat makan kari? Korang mesti try kari kepala ikan dari Deen, Port Dickson. Kari yang pekat dimasak sempurna dan bendi. Makan dengan nasi briyani atau nasi putih memang menjilat jari.

Address: Jalan Dato’ K.Pathmanaban, Bandar Port Dickson 

Contact: 09-6626225

More info on: Facebook Kari Kepala Ikan Deen 

 

3. Cendol Bakar @ Original Cendol Bakar 

Sudah pasti ramai yang tahu Port Dickson terkenal juga dengan cendol, tapi cendol bakar tu macam mana? Haa.. kalau korang nak tahu rasanya kene lah try dulu. Original Cendol Bakar menyajikan Cendol dengan gula melaka yang dibakar. Kalau korang nak tambah durian pun boleh. Lagi sedap jika di makan di waktu panas. 

Address: Kampung Teluk Kemang, Port Dickson

More info on: Facebook

 

4. Pisang Goreng Cheese Milo @ Pisang Addict 

Pisang goreng panas yang rangup, ditaburi dengan milo dan diselaputi cheese leleh memang mengugat diet harian anda. Sesuai di makan sebagai dessert ataupun pembuka selera.

Address: Restoran Rezeky (Berhadapan Pantai Cahaya Negeri), Batu 4, Jalan Pantai, Si Rusa

Contact: 011-11880373

More info on: Facebook 

 

5. Burger Double Ayam Crispy with @ Burger Bang Ganu 

Bagi sesiapa yang minat sangat makan burger, korang boleh try Burger Crispy dari Burger Bang Ganu. Mereka hanya jual burger ayam crispy saja tau, tapi korang pilih nak double atau triple. Kalau korang nak set with cheesy wedges pun boleh. Tapi, bagi sesiapa yang suka makan cheese memang berbaloi sebab chesse dia memang banyak. 

Address: Batu 3 1/2, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Contact: 018-213 2638

More info on: Facebook 

 

6. Nasi goreng Kambing @ Warung Bobok Tepi Sungai 

Jangan pandang rendah, warung tepi sungai pun ada menu yang yang famous tau. Nasi goreng kambing by Warung Bobok ni menu paling special. Kambing yang lembut dengan nasi goreng panas, confirm buat korang terliur bila tengok. Korang juga boleh custom level pedas korang. Nak pedas biasa atau Pedas gila. 

Address: Kampung Sawah Sungala, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Contact: 019-376 5008

More info on: Facebook 

 

7. Beef Steak @ King’s Char Kuey Teow 

Korang peminat tegar Western food ? King’s Char Kuey Teow pun ADA. Beef Steak ni macam ‘barang panas’ kat sini. Daging lembu yang di masak sempurna, lembut sangat. Tapi jangan melompat lepas makan Beef Steak ni, sebab confirm sedap. Kuah blackpepper pun dari ramuan rahsia King’s sendiri tau. 

Bukan tu je, portion pun banyak. Side dish pun dah boleh buat korang kenyang, ada garlic bread, wedges dan cole slaw. Jangan lupa, datang je Port Dickson, korang  singgah terusKing’s Char Kuey Teow dan cuba sendiri Beef Steak kami. 

Address: Lot 402, King’s Char Kuey Teow (Berhadapan Pantai Cahaya Negeri), Batu 4, Jalan Pantai, Si Rusa

Contact: 017-633 3644

More info : Facebook King’s Char Kuey teow

 

Restoran King’s Char Kuey Teow, Port Dickson 

 

Tempat yang wajib korang singgah untuk rasai pengalaman berbeza, makan penuh santai hanya di King’s Char Kuey Teow. Selain dari variasi makanan, hiburan seperti Live band dan Buskers setiap hari pasti membuatkan korang lebih teruja untuk makan di sini. Lokasi yang strategik juga menjadi tumpuan pelancong untuk makan di sini kerana restoran ini berhadapan dengan pantai. Tambahan lagi, restoran ini juga mampu memuatkan 1300 orang dan 200 kereta dalam satu masa. Jadi, korang yang nak datang bersama family dan rakan-rakan yang ramai, memang dialu-alukan. Jom, bercuti di Port Dickson, wajib singgah ke King’s Char Kuey Teow dan cipta kenangan terindah anda bersama kami.

JOM SERTAI MEMBERKING DAN DAPATKAN PELBAGAI GANJARAN DAN KELEBIHAN !

MEMBERKING

 

Untuk DELIVERY dan TEMPAHAN, boleh dibuat melalui Whatsapp, Facebook dan Official Website.

Whatapps : kingsckt.whatsapp
Lokasi : mapsKingsCharKueyTeowPD
Website : kingsckt.com
Facebook : King’s CHAR KUEY TEOW
Instagram : kingsckt 

 

 

Share This