+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Orang yang pernah bercuti ke Port Dickson sahaja yang tahu keindahan dan kemeriahan di sini. Sebut sahaja Port Dickson, confirm korang akan terbayang pantai yang luas, tenang dan indah. Lokasi ini memang popular di kalangan orang Malaysia dan juga tempat tumpuan pelancong luar negara sebagai tempat percutian yang santai dengan ahli keluarga mahupun kawan-kawan korang. Menjelang beberapa minggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat di beberapa negeri, pasti makin ramai orang akan berpusu-pusu ke Port Dickson untuk melepaskan rindu dan stress duduk di rumah hampir 2 bulan. Korang mesti dah plan nak buat family day atau gathering bersama kawan korang. Jadi, kami nak nasihatkan supaya korang mula lah cari homestay atau villa yang boleh muatkan ramai orang. Jom, kami kongsikan 7 Villa dan Homestay Yang Best di Port Dickson. 

 

 

1. HOMESTAY 133 VILLA

Kami mulakan 7 Villa dan Homestay Yang Best di Port Dickson dengan Homestay yang berkonsepkan family gathering ini terletak 1.5km dari Teluk Kemang ini sememangnya menarik perhatian pelancong. Terdapat dua jenis rumah inap iaitu sebuah banglo dan sebuah chalet, yang mana korang boleh pilih mengikut keselesaan dan juga bilangan pengunjung. Banglo dilengkapi dengan 4 buah bilik tidur manakala chalet pula dilengkapi dengan 2 buah bilik.

Terdapat pelbagai fasiliti yang membolehkan korang berkaraoke, BBQ dan juga bermandi-manda di kolam renang yang disediakan. Laman yang besar memang sesuai untuk keluarga yang ramai dan juga gathering bersama kawan-kawan. 

Lokasi: 13, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, Telok Kemang, Port Dickson 

Facebook

2. VILLA 969

Berkeluasan 12,000 kaki persegi dan dilengkapi dengan 5 bilik tidur serta laman hijau yang luas, Villa 969 yang terletak di Teluk Kemang sememangnya lokasi yang sangat santai untuk kelurga dan rakan-rakan berkumpul bersama. 

Pelbagai fasiliti asas serta kemudahan tambahan seperti Wifi, Kolam renang dan set BBQ. Tempat untuk melakukan aktiviti outdoor seperti mini volleyball, badminton, takraw dan aktiviti indoor seperti  pingpong, karom dan catur juga disediakan kepada pengunjung. Banyak aktivit yang korang boleh buat bersama keluarga dan kawan-kawan korang. 

Lokasi: No. 11, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, 71050, Teluk Kemang, Port Dickson

Facebook

 

3. LAKE VIEW FARM PORT DICKSON

Tempat ni memang sesuai untuk korang yang minat suasana kampung dan tasik yang dipenuhi keindahan flora dan fauna. 

Di sini, anda boleh melakukan aktiviti berkayak di tasik, memancing, bermesra dengan haiwan seperti monyet, kambing, angsa, ayam, dan arnab. Terdapat juga ladang buah-buahan yang boleh dilawati, bergantung kepada musim.

Lake View Farm Port Dickson ni memang sesuai untuk korang jadi short gateaway dari kesibukan dan kehidupan di bandar. Memang seronok ! 

Lokasi: Lorong Selasih 1, Port Dickson 

Facebook

 

4. VILLA DUAPULUHSEMBILAN

 

Satu lagi tempat yang memang santai untuk seisi keluarga dan kawan-kawan yang nak buat family day, pool party atau birthday party. Fasiliti di sini memang lengkap dan sesuai untuk korang yang sukakan hiburan. 

Villa ini menyediakan 3 bilik buah bilik dengan 2 bilik air di dalam dan 1 di luar. Seronok sangat sebab boleh berendam di private pool yang luas dan nyaman.

Lokasi: No. 29, Jalan PDV2, PDVilla Country Resort, Port Dickson

Facebook

 

5. EAGLE RANCH RESORT

Nak merasa percutian ala Red Indian ? Eagle Ranch Resort adalah sebuah lokasi yang unik dan menyediakan pelbagai hiburan dan aktiviti yang pasti tak akan bosan. Aktiviti seperti memanah, berkuda, go kart dan juga berbasikal semuanya korang boleh buat disini. Memang menyeronokkan !  

Ada banyak pilihan penginapan dengan konsep tersendiri seperti Paddock Chalet, Kampung House, Log Cabin, Eagle Terrace, dan Bandwagon Upper/ Lower. 

Lokasi: Lot 544, Batu 14, Jalan Pantai, Port Dickson

Facebook

 

6. VILLA LOT 1638

 Villa Lot 1638 pasti akan memberi anda sebuah pengalaman yang unik sepanjang percutian di Port Dickson. Bangunan villa ini ibarat sebuah arca yang mengagumkan dengan dekorasi dalaman yang cantik, moden dan cukup segar. Direka oleh seorang arkitek untuk memberikan pengunjung pengalaman yang unik semasa menginap disini. 

Terletak 1km dari bandar Port Dickson, Villa Lot 1638 ini menyediakan 13 unit penginapan, di mana 9 daripadanya adalah villa 2 bilik dan 4 lagi unit adalah suite. Setiapnya direka khas dengan kapasiti berbeza dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Lokasi: Lot 1638, Jalan Esso, Batu 1, Jalan Pantai, 71000, Port Dickson<

Facebook

 

 

7. WOODS & WATER PORT DICKSON

Sebuah lagi penginapan yang berkonsep ala kampung ini dihiasi dengan binaan kayu yang cantik dan mesra alam. Tempat ini memang penuh dengan pokok-pokok yang membuatkan korang rasa berada di kampung sebenar. 

Salah satu tarikan di sini adalah kolam yang bersaiz Olimpik, sesuai untuk pelbagai aktiviti air seperti menaiki bot, menangkap ketam, dan memancing ikan. Perkhemahan juga boleh diadakan dan kelengkapan ada disediakan.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa tiada wifi dan Astro disini. Tapi, dengan semua aktiviti yang tersedia, anda mungkin tak perlukan semua itu lagi!

Lokasi: 4.8 km off PD Main Road near 7th Mile, Port Dickson

Facebook

 

Restoran King’s Char Kuey Teow, Port Dickson 

Mesti korang dah tahu, homestay dan villa yang mana korang akan pilih kan? Tapi korang tahu tak nak makan kat mana ? Port Dickson juga ada restoran yang famous tau. King’s Char Kuey Teow antara restoran paling popular di sini. Tempat luas sehingga boleh memuatkan 1300 orang dan 200 kenderaan dalam satu masa, serta berhadapan dengan pantai. Fuhhh ! Memang santai habis. Selain daripada pelbagai variasi menu, King’s Char Kuey Teow  juga ada LIve band atau Buskers tau. Jadi, korang boleh beerhibur dan santai bersama keluarga dan kawan-kawan di sini.

Dah lepak dengan keluarga dan kawan-kawan, mesti korang malas nak keluar dari Villa dan Homestay Yang Best di Port Dickson ni kan? Jangan risau, King’s Delivery ada untuk korang ! Just order dengan kami, dan sepantas kilat kami hantar.

Nak RM 1 off dan Free delivery pada hari Rabu? Daftar Memberking ! Bukan itu sahaja, banyak lagi GANJARAN seperti lucky draw, birthday special, promotion dan banyak lucky.

JOM DAFTAR MEMBERKING SEKARANG !

 

Untuk DELIVERY dan TEMPAHAN, boleh dibuat melalui Whatsapp, Facebook dan Official Website.

Whatapps : kingsckt.whatsapp
Lokasi : mapsKingsCharKueyTeowPD
Website : kingsckt.com
Facebook : King’s CHAR KUEY TEOW
Instagram : kingsckt 

Share This