+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Port Dickson memang terkenal dengan berkelah di tepi pantai. Selain itu, destinasi ini merupakan tempat yang sibuk dan paling ramai dikunjungi, hanya untuk melakukan aktiviti melibatkan air. Tapi, korang tahu tak ada aktiviti outdoor dan indoor lain selain di pantai yang korang boleh buat? Aktiviti yang boleh menguji tahap stamina dan ketahanan korang serta aktiviti santai bersama keluarga dan kawa-kawan korang. Jadi, kami nak kongsikan 7 aktiviti santai dan ‘extreme’ jika korang bercuti di Port Dickson.

 

1. Port Dickson X-Park

Jangan sekali-kali memperlekehkan Port Dickson dan ‘stereotype’ bahawa disini hanya terkenal dengan pantai sahaja. Port Dickson pun ada Extreme Park, jadi korang juga boleh buat aktivit outdoor yang lasak dan bukan sahaja aktiviti di pantai. Port Dickson X-Park semestinya aktiviti ideal untuk anda.

Beroperasi sejak 2017 dengan gelanggang futsal dan badminton sahaja, Port Dickson Extreme Park kini menawarkan pelbagai fasiliti dan aktiviti menarik kebanyakannya sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa seperti go kart, atv, memanah dan paintball. Sesuai untuk semua orang, tak kira tua atau muda.

Lokasi

 

2. Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala

Sebut je Port Dickson mesti korang terbayang pantai je kan? Tapi di sini memang banyak dengan hutan rekreasi yang boleh korang kunjungi. Salah satunya adalah Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala. Destinasi ini memang terbaik untuk melihat flora dan fauna serta burung-burung liar yang setanding dengan Taman Negara. Jadi, korang tak perlu pun pergi jauh-jauh jika nak melihat keindahan alam di Malaysia.

Selain itu, destinasi ini juga terdapat pelbagai aktiviti outdoor menarik lain yang boleh anda lakukan bersama keluarga dan rakan-rakan seperti jungle trekking dan camping. Korang juga boleh melihat perkampungan orang asli dan sebagainya. Kemudahan lain juga disediakan, seperti dewan serbaguna bilik mesyuarat dan sebagainya. memang sesuai jika korang ingin melakukan event, team building atau family day di sini.

Lokasi

 

3. Hutan Rekreasi & Rumah Api Tanjung Tuan

Jika anda ingin melihat keindahan hutan dan juga pantai dalam masa yang sama. Hutan Rekreasi Tanjung Tuan adalah destinasi yang paling sesuai kerana ia berdekatan dengan Port Dickson walaupun ia dimiliki oleh Melaka. Destinasi ini juga mempunyai Rumah api Tanjung Tuan atau Cape Rachado iaitu rumah api paling tua di Malaysia.

Macam-macam aktiviti yang korang boleh buat disini, antaranya hiking dan jungle trekking. Destinasi memang sesuai untuk seisi keluarga yang ada anak-anak kecil kerana naik ke atas puncak tidaklah lama, dalam masa 15-20 minit sudah sampai. Korang juga boleh melihat pemadangan persisiran pantai Port Dickson dari sudut yang lebih menarik. Jika anda mendapat kebenaran dari pihak penjaga Tanjung Tuan, korang boleh turun ke pantai mengikuti denai untuk melihat hidden gem of Port Dickson dengan lebih dekat.

Lokasi

 

4. Bukit Batu Putih

Bagi orang yang gemar menguji fitness dan endurance mereka, mendaki bukit batu putih lah destinasi yang sesuai. Walaupun pendakian bukit batu putih tidaklah mencabar seperti hiking di tempat lain, tetapi perjalanan yang berliku dan meredah hutan, pasti menguji ketahanan stamina korang.

Untuk menuju ke puncak Bukit Batu Putih, masa yang diambil hanyalah dalam sekitar 20 ke 40 minit bergantung kepada stamina anda dengan titik permulaan dari pintu masuk Rumah Api Tanjung Tuan. Berdekatan dengan puncak ini, anda boleh menemui trek ke bawah yang akan membawa anda menuju ke kawasan pantai di sebalik hutan rekreasi.

Lokasi

 

5. Prima Water Park Theme Park Resort

Walaupun Port Dickson sangat sinonim dengan pantai dan laut, namun tidak semua orang suka mandi laut. Maka, bagi yang tidak begitu gemar mandi air masin, anda boleh ke Prima Water Theme Park Port Dickson untuk bermandi-mandi di sini. Destinasi ini merupakan pantai buatan terbesar di Malaysia.

Tambahan lagi, tempat ini juga mempunyai taman tema air yang lengkap dengan air terjun, gelongsor air, lagun dan kolam renang yang luas. Taman tema air ini juga merupakan sebahagian daripada hotel Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre (PRCC). Memang sesuai untuk datang bersama keluarga kerana korang boleh bermalam disini. Tetapi, jika korang tidak menginap di hotel Primaland, korang tetap boleh beli tiket masuk ke kawasan taman tema di kaunter jualan tiket.

Korang juga boleh mengunakan fasiliti yang lain seperti taman permainan kanak-kanak bertema lanun. Taman tema air ini dibuka untuk 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Lokasi

 

6. Wild West Cowboy Indoor Theme Park

Korang nak buat aktiviti yang santai dan berhibur dengan keluarga dan rakan-rakan? Wild West Cowboy Indoor Theme Park adalah destinasi yang tepat. Bagunnan yang terletak sebaris dengan Alive 3D Art Gallery Port Dickson. Tarikan disini lebih kepada kanak-kanak keranan ia merupakan taman permainan indoor. Pelbagai aktiviti hiburan seperti Rider Boat, Wild West Desert Explorer dan Cowboy-Go-Round. Memang sesuai untuk kanak-kanak yang tak sukakan aktiviti outdoor yang panas.

Selain itu, tarikan utama di sini adalah 5D Motion Adventure & 7D Interactive Movie yang pasti memberikan satu pengalaman yang berbeza di taman indoor d shopping mall. 5D Motion Adventure lebih kepada tayangan movie seperti di Universal Studio Singapore di mana pengunjung akan merasai kesan khas daripada gerakan kerusi duduk, bunyi, angin, wap air dan sebagainya.

7D Interactive Movie pula, sama seperti 5D Motion Adventure tetapi hanya sedikit perbezaan kerana pengunjung akan diberikan senapang canggih untuk menembak objek yang muncul secara tiba-tiba seperti piranha, zombie dan watak-watak penjahat yang lain.

Lokasi

 

7. Port Dickson Dragon Cruise

Port Dickson Dragon Cruise akan membawa korang menikmati sajian keindahan alam yang sungguh luar biasa di Port Dickson.

Perjalanan selama satu setengah jam atau tiga jam mengikut pakej bukan sekadar belayar di lautan namun pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuk berkaraoke serta melihat matahari terbenam pada waktu senja.

Dragon Cruise juga menawarkan pelbagai jenis hidangan yang korang boleh order. Sambil berlayar dan tengok sunset, korang boleh makan bersama keluarga, kawan-kawan ataupun kekasih hati korang.

Lokasi

 

Santai Bersama Keluarga di King’s Char Kuey Teow 

Korang mesti penat selepas melakukan 7 aktiviti extreme dan santai yang lain di Port Dickson kan? Jadi, korang juga boleh makan dengan penuh santai di King’s Char Kuey Teow. Pelbagai menu disedikan untuk korang membuat pilihan, bukan sahaja char kuey teow tapi western dan nasi goreng pun ada. Disamping itu, korang juga dapat berhibur dengan Live Band atau Buskers. Lokasi restoran paling besar di Port Dickson ini juga memang strategik kerana berhadapan dengan pantai. Sambil makan korang boleh rasa bayu dan angin pantai tu. Memang Best ! Restoran ini juga mampu memuatkan 1300 orang dan 200 kenderaan dalam satu masa. Memang besar dan senang juga untuk korang mencari parking. Tunggu apa lagi? Jom la singgah ke King’s Char Kuey Teow.

 

Anda Lapar ? Kami Hantar ! 

 

King’s Char Kuey Teow juga menawarkan perkhidmatan penghantaran untuk korang yang lapar tapi malas nak keluar. Order je dengan King’s Delivery dan kami akan hantar terus ke tempat korang.

 

 

 

 

 

Untuk DELIVERY dan TEMPAHAN, boleh dibuat melalui Whatsapp, Facebook dan Official Website.

Whatapps : kingsckt.whatsapp
Lokasi : mapsKingsCharKueyTeowPD
Website : kingsckt.com
Facebook : King’s CHAR KUEY TEOW
Instagram : kingsckt 

 

Share This