+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Belajar untuk setia

Jangan berlaku curang terhadap pasangan kerana kesetiaan perlu ada untuk mengukuhkan hubungan. Usah tukar ganti pasangan seperti menukar baju. Untuk jangka masa pendek sebegitu tidak akan berpanjangan kerana masing-masing mempunyai niat dan keinginan tertentu yang ingin dipenuhi. Selepas tu mulalah akan ada masa silam. Ya, semua orang ada kisah silam. Tetapi jadikan ia sebagai pengalaman hidup dan berazam tidak akan mengulangi lagi.

Sumber: The Mind Journal 

Jangan bandingkan pasangan dengan orang lain

Sebagai manusia, tak perlu nak bandingkan pasangan dengan orang lain kerana kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Mungkin, pasangan ada tidak ada kelebihan yang sama seperti orang lain. Sokonglah pasangan anda agar dia tidak merasa kekurangan. 

Jangan bersikap mengongkong 

Ambil berat tak salah, jangan sampai mengongkong. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu tetapi dalam pada itu keselamatan terjaga. 


 

Bersikap terbuka 

Jadilah pendengar terbaik untuk pasangan anda. Jangan terlalu mengambil serius mengenai sesuatu perkara yang tidak begitu penting sebaliknya perhatikan keadaan secara positif bagi mengelakkan  daripada timbulnya pergaduhan.  Jangan terlalu bersikap acuh tak acuh bila berbual.  Fokus bila anda menjadi pendengar pasangan.

Berterus terang

Jangan berbohong dan jadikan sikap berterus terang sebagai jalan penyelesaian terbaik. Walaupun ada kalanya pahit untuk ditelan. kita sebagai pasangan boleh berterus terang dengan cara berhemah tanpa melukai hati pasangan. Tidak berlindung mengenai sesuatu perkara lebih baik dari merahsiakan dan dia mendapat tahu daripada orang lain. 

Sayangi dirinya sepenuh hati 

Pertimbangkan sedalamnya kerana sepanjang perhubungan yang dibina bersama. Hargai kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tetapi demi cinta, dia memilih anda sebagai pasangan. Oleh itu, Jangan cuba untuk permainkan kasih sayang dan cinta pasangan anda.

Jom raikan Cinta anda bersama pasangan di King’sCKT. 

Sempena RAIKAN CINTA kali ini. King’sCKT ingin mengajak anda dan pasangan mengukir momen kenangan bersama pasangan di sini. Kami juga ingin berikan promosi CHINTA COMBO yang julung kalinya dibuat di King’sCKT.

Apa lagi, jom date-king di King’sCKT.

Share This