+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Credit Photo: OhBulan

Musim cuti sekolah dah dekat, tapi bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020 pasti tak sabar dan buntu nak bercuti ke mana, selepas 2 minggu terperap di rumah.

Sudah tentu, ramai ibubapa dan keluarga sedang sarat kepala, mencari port-port terbaik untuk bercuti. Pasti pelbagai aktiviti menarik difikirkan, seperti berkhemah, berkelah di taman bunga mahupun di tepi pantai. Jikalau anda memilih untuk bercuti, meluangkan masa di tepi pantai, tips-tips dan senarai barangan wajib di bawah pasti berguna untuk anda!

 

5 Tips Bercuti di Tepi Pantai

 

 

1. PAKAIAN YANG SESUAI

Untuk bercuti dan berehat di tepi pantai, pakaian merupakan elemen terpenting untuk kekal selesa. Kerana pantai agak panas dan basah, pakaian yang santai dan serap peluh sangat berguna. 

Manakala untuk kasut, selipar sangat digalakkan kerana senang untuk membuang pasir di kaki. Kalau memakai sneakers, berminggu pasir tersekat dalam kasut!

 

 

2. MAKANAN RINGAN TAPI KENYANG

Selepas mandi-manda, anak-anak pasti akan bising kelaparan. Membawa bekal semestinya alternatif yang lebih menjimatkan dan mudah dibawa dalam tupperware. Makanan yang sesuai dibawa adalah sandwich, ayam goreng ataupun makanan kering seperti nasi goreng. Jikalau anda membawa makanan berkuah, mesti susah nak pastikan kuah tak tertumpah, apatah lagi kalau ada anak kecil. 

 

 

3. COVER PHONE KALIS AIR

Setiap detik berharga bersama keluarga amat bernilai, sayang sekali jikalau saat indah ini tidak dirakam. Jadi, pembelian cover phone kalis air untuk dibawa mandi bersama di pantai adalah satu pelaburan yang murah, namun bernilai. Banyak kedai cenderahati tepi pantai ada menjualnya. 

 

 

4. SUNBLOCK!

Penggunaan sunblock atau sunscreen amat penting! Terik matahari pantai akan membuatkan kulit anda berasa pedih, terbakar dan lebih gelap. Penggunaan sunblock boleh mengurangkan kepedihan yang dialami oleh anak-anak dek cahaya matahari. Anak-anak selesa, ibubapa bahagia.

PERINGATAN ! Untuk korang yang tak tahu nak beli sunblock yang mana, kami nasihatkan supaya pakai sunblock yang FREE OXYBENZON. Sebab oxybenzon ni boleh merosakkan dan menghakis batu karang di laut. Jadi kita jaga kulit dan dalam masa yang sama kita jaga ekosistem laut kita.

 

 

5. PORT YANG REDUP

Panas itu pasti bila anda memilih bercuti di pantai. Jadi, jinjing tikar mengkuang anda dan COP port bawah pokok yang melindungi anda dari panas terik. Anak-anak juga pasti lebih selesa untuk bina istana pasir di bawah redup pokok.

 

Yang penting, anda sekeluarga dapat menikmati percutian dengan tenang, dan bahagia. 

 

SENARAI BARANGAN PENTING CUTI DI PANTAI

⬜TUALA

⬜TIKAR MENGKUANG

⬜SELIPAR

⬜BEKALAN MAKANAN

⬜TOPI

⬜CERMIN MATA HITAM

⬜TISU 

⬜BAJU PERSALINAN

 

Pantai Batu 4, Port Dickson

Jangan pening-pening nak pilih pantai mana yang korang patut pergi. Habis je PKPB nanti, kami syorkan pergi je Port Dickson sebab banyak sangat pantai yang cantik, ada kemudahan dan boleh berkhemah untuk korang bercuti di sini. Tapi, kalau suka berkhemah boleh la singgah ke Pantai Batu 4, Port Dickson. Memang pantai ni khas untuk berkhemah dan buat aktiviti seperti campfire.

Dah singgah dekat Pantai Batu 4, cuba tengok seberang jalan. Mesti korang terkejut sebab ada restoran BESAR WARNA MERAH iaitu King’s Char Kuey Teow. Restoran TERBESAR DI PD ni adalah tempat yang santai korang boleh lepak dan makan sambil layan LIVE BAND setiap hari. Pelbagai menu disajikan, bukan sahaja ada Char Kuey Teow tapi ada makanan western dan nasi gulai.

Bukan itu saja, King’s CKT dah ada MEMBERKING untuk korang jadi sebahagian dari kami. Banyak hadiah menarik dan kelebihan yang anda akan dapa jika berdaftar dengan kami. Nak daftar? klik MEMBERKING di menu dan daftar SEKARANG .JOM LEPAK KING’s !

Untuk DELIVERY dan TEMPAHAN, boleh dibuat melalui Whatsapp, Facebook dan Official Website.

Whatapps : kingsckt.whatsapp
Lokasi : mapsKingsCharKueyTeowPD
Website : kingsckt.com
Facebook : King’s CHAR KUEY TEOW
Instagram : kingsckt 

Share This