+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Bercuti di tempat yang cantik dan indah sudah tentu menjadi idaman untuk pelancong. Salah satu pilihan pelancong ialah Port Dickson. Sesiapa yang pernah mengunjungi Port Dickson, sudah tentu tahu bahawa Port Dickson mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Inilah antara 5 pantai yang menarik di Port Dickson.

1. BLUE LAGOON

Pantai Tanjung Biru Port Dickson atau lebih dikenali sebagai Blue Lagoon, terletak lebih kurang 17 kilometer dari bandar Port Dickson. Oleh kerana kawasannya yang agak terpencil berbanding pantai-pantai yang lain, Blue Lagoon tidak mempunyai ramai pelancong dan sesuai untuk yang mahukan privasi sambil menghayati keindahan pantai. Walaubagaimanapun, disana ada beberapa gerai yang menjual makanan dan minuman untuk memudahkan aktiviti perlancongan korang.

2. PANTAI TELUK KEMANG

Korang pasti tidak janggal lagi dengan nama Pantai Teluk Kemang. Berbeza dengan Blue Lagoon yang sesuai untuk peminat privasi, Pantai Teluk Kemang ini boleh dikatakan sebagai pantai paling sibuk di Port Dickson. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan disini bersama keluarga seperti bot laju, jet ski dan lain-lain lagi. Terdapat juga beberapa kemudahan yang akan memudahkan percutian korang seperti tandas awam, surau, kedai cenderamata dan parking kereta. Oleh itu tidak hairanlah jika ia menjadi pilihan utama dikalangan pelancong.

3. TANJUNG TUAN

Kepada pencinta  alam semulajadi pasti akan menjadikan Tanjung Tuan Port Dickson sebagai destinasi percutian korang. Ini kerana, disana terdapat pusat rizab kehidupan liar dan tidak banyak pembangunan didirikan di kawasan tersebut bagi mengekalkan konsep semula jadi. Namun, korang tidak disyorkan untuk berenang atau bermandi manda dikawasan ini kerana kawasan Pantai Tanjung Tuan lebih sesuai untuk aktiviti seperti bersiar-siar di tepi pantai dan juga hutan.

4. PANTAI SAUJANA

Selain  dikenali dikalangan pelancong yang mahu bercuti bersama keluarga dan juga kanak-kanak, Pantai Saujana  juga mempunyai keluasan pantai sebesar 1kilometer. Apa lagi yang menjadikan pantai ini istimewa ialah terdapat beberapa aktiviti menarik seperti ski air, jet ski, berkayak, banana boat dan pelbagai lagi. Di samping itu, korang juga boleh melakukan aktiviti camping dikawasan ini kerana lokasinya yang strategik dan menarik.

5. PANTAI CAHAYA NEGERI PORT DICKSON

Untuk korang yang mahu menikmati permandangan pantai yang amat cantik dan indah, Pantai Cahaya Negeri adalah pilihan yang terbaik. Kawasan pantai ini amat popular dengan sebuah jambatan yang sudak dianggap sebagai mercu tanda pantai ini. Kawasan ini juga menjadi  pilihan utama untuk dijadikan sebagai lokasi photography untuk perkahwinan. Terdapat juga taman rekreasi yang sesuai untuk kanak-kanak bersuka ria. Apa yang menarik, disini terdapat aktiviti snorkelling yang akan menambah memori indah korang di Port Dickson.

Kalau korang nak tau, di Port Dickson ada satu lagi tempat menarik untuk korang kunjungi. Restoran King’sChar Kuey Teow pasti membuat korang teringat-ingat memori disini. Pelbagai jenis Char Kuey Teow ditawarkan disini seperti Char Kuey Teow sotong, Char kueyteow kambing dan macam-macam lagi. Terdapat juga aneka menu western food untuk penggemar makanan barat. King’s Char Kuey Teow juga mempunyai servis King’sDelivery yang akan menghantar menu-menu istimewa terus ke kediaman korang di Port Dickson.

Jangan lupa subscribe Youtube Kingsckt dan nantikan video-video yang menarik daripada kami. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami. 

Share This