+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Mesti ramai orang dah stress dan tak sabar nak menjalani hidup normal, pergi bercuti dan lakukan aktiviti rekreasi terutamanya, yang menetap di Semenanjung Malaysia. Korang dah boleh start buat plan awal untuk bercuti sementara menunggu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni habis. Kami syorkan korang datang ke Port Dickson. Mesti korang tertanya kenapa kan? Sebab dekat Port Dickson ada banyak tempat menarik especially, pantai yang cantik dan indah. Orang bandar mesti suka berkelah dan bercuti di pantai. Jadi, Inilah antara 5 pantai yang menarik dan tercantik di Port Dickson.

 

1. PANTAI TELUK KEMANG 

Korang pasti tidak janggal lagi dengan nama Pantai Teluk Kemang.  Pantai Teluk Kemang ini boleh dikatakan sebagai pantai paling sibuk di Port Dickson. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan disini bersama keluarga seperti bot laju, jet ski dan lain-lain lagi. Terdapat juga beberapa kemudahan yang akan memudahkan percutian korang seperti tandas awam, surau, kedai cenderamata dan parking kereta. Oleh itu tidak hairanlah jika ia menjadi pilihan utama dikalangan pelancong.

Jadi, jika korang yang bercuti bersama keluarga dan suka dengan kemeriahan, korang boleh pergi ke pantai Teluk Kemang. Confirm korang tak akan bosan, tapi make sure pakai sunblock.

 

2. BLUE LAGOON

Berbeza dengan Teluk Kemang yang sesak dan ramai orang, Pantai Tanjung Biru Port Dickson atau lebih dikenali sebagai Blue Lagoon, terletak lebih kurang 17 kilometer dari bandar Port Dickson. Oleh kerana kawasannya yang agak terpencil berbanding pantai-pantai yang lain, Blue Lagoon tidak mempunyai ramai pelancong dan sesuai untuk yang mahukan privasi sambil menghayati keindahan pantai. Walaubagaimanapun, disana ada beberapa gerai yang menjual makanan dan minuman untuk memudahkan aktiviti perlancongan korang.

Sesuai sangat kepada korang yang baru berkahwin dan nak honeymoon yang romantik di Port Dickson. Air laut biru, pantai bersih dan kalau nak tangkap gambar memang cantik sangat.

 

3. TANJUNG TUAN

Kepada pencinta alam semulajadi pasti akan menjadikan Tanjung Tuan Port Dickson sebagai destinasi percutian korang. Ini kerana, disana terdapat pusat rizab kehidupan liar dan tidak banyak pembangunan didirikan di kawasan tersebut bagi mengekalkan konsep semula jadi. Namun, korang tidak disyorkan untuk berenang atau bermandi manda dikawasan ini kerana kawasan Pantai Tanjung Tuan lebih sesuai untuk aktiviti seperti bersiar-siar di tepi pantai dan juga hutan.

 

4. PANTAI SAUJANA

Selain dikenali dikalangan pelancong yang mahu bercuti bersama keluarga dan juga kanak-kanak, Pantai Saujana yang berkeluasan 1 kilometer ini mempunyai view yang sangat cantik sesuai juga untuk pasangan yang baru berkahwin. Apa lagi yang menjadikan pantai ini istimewa ialah terdapat beberapa aktiviti menarik seperti ski air, jet ski, berkayak, banana boat dan pelbagai lagi. Di samping itu, korang juga boleh melakukan aktiviti camping dikawasan ini kerana lokasinya yang strategik dan menarik.

 

5. PANTAI CAHAYA NEGERI PORT DICKSON

Untuk korang yang mahu menikmati permandangan pantai yang amat cantik dan indah, Pantai Cahaya Negeri adalah pilihan yang terbaik. Kawasan pantai ini amat popular dengan sebuah jambatan yang sudak dianggap sebagai mercu tanda pantai ini. Kawasan ini juga menjadi  pilihan utama untuk dijadikan sebagai lokasi photography untuk perkahwinan. Terdapat juga taman rekreasi yang sesuai untuk kanak-kanak bersuka ria. Apa yang menarik, disini terdapat aktiviti snorkelling yang akan menambah memori indah korang di Port Dickson. Selain itu, jika korang datang pada waktu petang, korang akan dapat lihat view matahari terbenam atau sunset. Memang sangat cantik dan sangat romatik jika honeymoon di pantai ini.

 

RESTORAN KING’S CHAR KUEY TEOW

Selain 5 pantai yang menarik dan tercantik di Port Dickson, ada satu lagi tempat menarik untuk korang kunjungi. Restoran King’sChar Kuey Teow pasti membuat korang teringat-ingat memori disini. Pelbagai jenis Char Kuey Teow ditawarkan disini seperti Char Kuey Teow sotong, Char kueyteow kambing dan macam-macam lagi. Terdapat juga aneka menu western food untuk penggemar makanan barat. King’s Char Kuey Teow juga mempunyai servis King’sDelivery yang akan menghantar menu-menu istimewa terus ke kediaman korang di Port Dickson.

 

DISKAUN SEHINGGA 30% DAN FREE LEMON BLUE ICE UNTUK KING’S DELIVERY DAN DINE-IN 


𝐃𝐈𝐒𝐊𝐀𝐔𝐍 𝐒𝐄𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟑𝟎% 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐈𝐑 𝐋𝐄𝐌𝐎𝐍 𝐁𝐋𝐔𝐄 𝐈𝐂𝐄?! 𝐁𝐈𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋 𝐊𝐈𝐍𝐆’𝐬 𝐂𝐇𝐀𝐑 𝐊𝐔𝐄𝐘 𝐓𝐄𝐎𝐖 𝐍𝐈 !
JOM makan & jimat 𝐆𝐈𝐋𝐄𝐑𝐑-𝐆𝐈𝐋𝐄𝐑𝐑 di King’s Char Kuey Teow, siap dapat 𝐀𝐈𝐑 𝐅𝐑𝐄𝐄 𝐋𝐀𝐆𝐈. Khas untuk orang Port Dickson yang nak tahu lagi diskaun dan promosi dari King’s, JOM join group telegram kami di KingsDeliveryTelegram. Jom ORDER dengan kami, tekan je link ni KINGS DELIVERY dan WHATSAPP SEKARANG ! Penghantaran Kings Delivery dari Hotel Lexis Hibiscus hingga Springhill bermula jam 12.30 tengah hari hingga 9.30 p.m.

Nak lagi MAKAN DAN DAPAT GANJARAN SERTA DISKAUN di King’s Char Kuey Teow? Jom Daftar Memberking dan nikmati pelbagai GANJARAN DAN DISKAUN.

DAFTAR MEMBERKING

Untuk DELIVERY dan TEMPAHAN, boleh dibuat melalui Whatsapp, Facebook dan Official Website.

Whatapps : kingsckt.whatsapp
Lokasi : mapsKingsCharKueyTeowPD
Website : kingsckt.com
Facebook : King’s CHAR KUEY TEOW
Instagram : kingsckt 

 

 

 

Share This