+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Lama sangat berkerja dan lupa rasa bercuti tu macam mana ? Nampak sangat dah lama tak bercuti. Lain lah negeri yang tengah PKPB sekarang ni, yang negeri lain tak nak bercuti ke Port Dickson ke? Untuk next percutian, pastinya Port Dickson menjadi pilihan. Tapi, hotel apa yang best kat sana ye? Dah banyak hotel yang best di Port Dickson, yang pastinya buka je pintu terus nampak pantai. So, jom kita selongkar 5 hotel terbaik dan murah di Port Dickson.

 

1. Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson ini yang terletak di Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kalau korang menginap dekat hotel ni, korang boleh la feeling orang kaya sebab hotel ni nampak serba mewah. Dari interior design dia pun dah tahu harganya sangat berpatutan. Kalau bercuti dengan keluarga ianya sangat berbaloi sebab biliknya besar mampu memuatkan semua ahli keluarga. 

Lagi kelebihan kat sini adalah view yang sangat cantik terutama kalau dapat bilik mengadap ke arah laut. Bukan itu je, bilik pun bersih, selesa, luas dan hiasan dalamannya yang menarik, ramai jugak yang respon tentang sarapan yang disediakan memang puashati sedapnya. 

Satu lagi keistimewaan yang ada di Lexis Hibiscus Port Dickson adalah kolam renang peribadi. Bukan senang nak jumpa hotel yang sediakan kolam renang peribadi ni. Bukan biasa biasa. Bagus untuk privasi terutama untuk gadis berhijab ataupun yang nak honeymoon. Part yang paling best, adalah layanan staff hotel di sini bertaraf 5 bintang tau. Jadi, korang jangan risau kalau first time datang. Dorang akan guide korang dari awal sampai korang masuk bilik. Jom ler check in sekarang. 

Location

 

2. Avillion Port Dickson

Bayangkan betapa bestnya kalau dapat bercuti dan menginap dekat Avillion Port Dickson. Hentikan angan-angan korang, datang je ke Port Dickson sekarang dan menginap dekat Avillion bersama keluarga. Semua chalet yang ada atas air ni buatkan korang rasa suasana romantik, santai dan hilang segala stress sebab betul-betul atas laut. Pemandangan disini sangat luar biasa dan mungkin akan memberi pengalaman yang tak mungkin korang lupakan jika ke sini.

Kalau korang nak tahu, Avillion Port Dickson ini betul-betul mengadap Selat Melaka tau. Sebab tu la pemandangan kat sini sangat cantik. Avillion menawarkan chalet mewah dengan reka bentuk dan style ala kampung nelayan melayu tradisional. Mesti korang akan suka sangat sebab mengimbau kembali nostalgia kampung. Apa yang best lagi kat sini ? Avillion juga sediakan kolam renang luaran yang besar dan bersih. Kolam dia pun cantik sangat terutamanya pemandangan pada waktu malam. Bayangkan mandi bersama keluarga tercinta dan kalau pasangan honeymoon lagi sweet. 

Avillion juga ada sediakan spa, kelab kanak-kanak, ladang haiwan peliharaan, aviari burung eksotik dan ladang rempah. Banyak aktiviti bersama keluarga yang korang boleh buat jika menginap disini. Dah la tak mahal sangat, confirm berbaloi. 

Location

 

3. Bayu Beach Resort Port Dickson

Bayu Beach Resort Port Dickson dekat je dengan Muzium Tentera Port Dickson. Kalau nak ke Admiral Cove Marina pun dekat je, ambil masa 3 minit pemanduan. Selain itu, korang juga boleh ke Port Dickson Ostrich Farm dengan pemanduan 9 minit dari tempat menginap dan KLIA cuma 55 minit sahaja. Kalau nak pergi makan, lunch or dinner, King’s Char Kuey Teow hanya 5 minit sahaja. Lokasi resort ni memang strategik.

Kat sini mempunyai 218 bilik yang selesa dan bersih. Bilik dia memang selesa dan besar. Fasiliti lain seperti gym dan kolam juga ada di Bayu Beach Resort. 

Location

 

4. D’ Wharf Hotel & Serviced Residence 

Satu lagi hotel terbaik di Port Dickson dan ada view yang cantik. Terletak di sepanjang pantai persendirian Port Dickson. D’ Wharf Hotel & Serviced Residence ini berjarak 160 meter dari PD Waterfront City, manakala Terminal Feri Port Dickson berada lebih kurrang 2km. Hotel ini sangat strategik kerana terletak 550 meter sahaja dari Regina Mall Port Dickson.

Tambahan lagi, kolam renang yang terbentang luas di luar hotel disediakan yang ada dua ruangan iaitu dewasa dan kanak-kanak. Bilik memang luas, selesa dan bersih serta balkoni peribadi yang mengadap ke pantai dan juga bandar. Sedikit nasihat untuk korang, kalau nak view lagi cantik ambil yang berhadapan pantai ye.

Yang bestnya lagi, korang boleh berbasikal di sekitar hotel sebab mesti bosan je kalau duduk hotel lama-lama kan. Confirm seronok. Gym pun ada untuk korang yang tak boleh skip bersenam. Buat kanak-kanak, taman permainan untuk hotel ni disediakan. Boleh je order Delivery King’s kalau korang lapar dan malas nak keluar hotel. Kami boleh hantarkan pilih je nak menu apa.  

Pastikan D’ Wharf Hotel & Serviced Residence ni ada dalam list korang semasa bercuti di Port Dickson untuk korang menginap ni sini.

Location

 

5. Thistle Port Dickson

Bertempat ditengah-tengah landskap hijau bersebelahan dengan pantai pasir putih terdapat sebuah hotel 5 bintang iaitu Thistle Hotel Port Dickson.

Hotel premium ni menyediakan pengalaman menginap terbaik untuk pelancong mereka. Hotel ni merangkumi kawasan tropikal sebesar 36 hektar mempunyai persekitaran yang indah penuh dengan taman luas dan laluan berjalan kaki. Bilik hotel ni yang dihias dengan cantik dan keunikan tersendiri kerana tab mandi terletak hanya beberapa langkah sahaja dari katil korang.

Bilik yang menghadap laut memberi tetamu peluang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang romantik bersama orang yang tersayang. Khas untuk korang yang merancang percutian sama ada honeymoon atau melancong bersama keluarga dan rakan, terdapat 251 bilik dengan perkhidmatan bertaraf antarabangsa yang pasti membuat masa korang taknak tinggalkan hotel ni. 

Location

 

LAPAR DAN MALAS KELUAR HOTEL? KING’S DELIVERY KAN ADAAA! 

Kalau korang menginap di Port Dickson, korang mesti singgah ke King’s Char Kuey Teow. Dekat je dengan lokasi hotel terbaik dan murah di Port Dickson yang kami cadangkan tu. Tapi, kalau korang malas sangat nak keluar, hadap jalan yang sesak, atau pun malas nak bersiap, korang ORDER je dengan KING’s DELIVERY. Kami cover dari PD WaterFront sampai ke Hotel Thistle. Dari pukul 4 p.m sampai 12 a.m.

Nak delivery korang lagi murah dan berbaloi? DAFTAR MEMBERKING ! Dan korang akan nikmati pelbagai ganjaran dan diskaun sepanjang bergelar MEMBERKING. Tunggu apa lagi, DAFTAR MEMBERKING SEKARANG.

Register MEMBERKING

Untuk DELIVERY dan TEMPAHAN, boleh dibuat melalui Whatsapp, Facebook dan Official Website.

Whatapps : kingsckt.whatsapp
Lokasi : mapsKingsCharKueyTeowPD
Website : kingsckt.com
Facebook : King’s CHAR KUEY TEOW
Instagram : kingsckt 

Share This