Sempena bulan Maulidur Rasul 1442 Hijrah yang mulia ini, King’s Char Kuey Teow ingin meraikan 100 anak yatim sekitar Port Dickson.
Jom beramal bersama King’s dan salurkan sumbangan anda. Setiap sumbangan mengukirkan senyuman di wajah mereka.
Sila isi maklumat anda selepas menyumbang di link berikut:
“Sedekah tidak mengurangkan harta”
Thank you,
King’s Char Kuey Teow Team
King’s Char Kuey Teow Team
Update: Penangguhan Kempen Infaq Anak Yatim Sempena Maulidur Rasul.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kami dari King’s Char Kuey Teow mengucapkan jutaan terima kasih kerana menginfaqkan sumbangan kepada Anak Yatim sekitar Port Dickson melalui kempen Infaq Anak Yatim sempena Maulidur Rasul. Sumbangan Tuan/Puan amatlah kami hargai.
Namun begitu, disebabkan beberapa kekangan melibatkan kes COVID-19 di kawasan Port Dickson. Kami mengalami kesukaran berkenaan SOP yang ketat di sini. Oleh itu, kami terpaksa menangguhkan kempen Infaq Anak Yatim ini ke masa yang akan datang.
Kemungkinan besar, perancangan asal bagi menyambut Anak Yatim ini akan ditukarkan kepada kaedah pemberian tunai atau barangan kepada mereka jika kes Covid-19 ini berterusan.
Akhir sekali, King’s Char Kuey Teow ingin memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Di harap agar Tuan/Puan jelas dengan penangguhan kempen ini.
Terima Kasih kerana sentiasa menyokong King’s Char Kuey Teow dan kami berharap Tuan/Puan meneruskan sokongan kepada kami agar lebih banyak orang-orang yang memerlukan dapat dibantu.
Thank you,
King’s Char Kuey Teow Team
King’s Char Kuey Teow Team