+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Ramai mak ayah habiskan cuti sekolah anak dengan duduk di rumah.

Mesti ramai diantara anda bosan, tak tahu nak kemana musim cuti sekolah ini kan? Cuti sekolah pun hampir tamat. Tapi tak pergi bercuti dimana-mana lagi dengan keluarga. Anak-anak pun asyik mendesak anda untuk bawak berjalan kan?

Anda tahu tak, membawa anak-anak dan keluarga pergi beriadah dan berjalan lebih bermakna daripada memberikan HADIAH atau PERMAINAN untuk mereka? Ini disebabkan memori mereka lebih kuat jika dibawa beriadah bersama dan mampu menjadi memori terindah yang kekal sehingga mereka besar, daripada memberikan sesuatu kepada mereka.

Kids Playing

 

Bermain bersama NAGA di King’sCKT?

Saya boleh janjikan, pasti anak-anak anda tak senang duduk bila sampai je di King’sCKT, Port Dickson. Dari dalam kereta lagi dah tak sabar nak turun sebab nampak sesuatu yang sangat-sangat menarik! Apa dia tu?

Supa Dupa! Supa dupa adalah Playground yang dibawakan khas buat pengunjung yang datang ke King’sCKT bersama anak-anak.

Tiada minat lagi nak bermain dengan handphone!

Pasti anda akan merasa seronok tengok anak-anak bermain bersama rakan-rakan daripada menghadap smartphone dan menonton video sahaja. Saya yakin, pasti anda dapat menikmati suasana dan makanan di King’sCKT dengan sepenuhnya tanpa risau akan ragam anak anda. Pasti mereka seronok bermain hingga lupa nak makan.

Ikan Bakar menjadi pilihan utama

Sudah pasti mesti akan ada rasa seperti tak tahu nak makan apa. Tak kan Char Kuey Teow sahaja?

Khas buat pengunjung pada cuti sekolah ini, kami mengeluarkan menu ikan bakar yang sangat fresh lagi mengiurkan buat santapan istimewa kepada anda semua.  Apa yang melengkapkan lagi, ia disediakan dengan sambal air asam, sambal belacan dan sambal kicap. Tak cukup dengan itu, anda boleh pilih 3 variasi kuah untuk dimakan bersama nasi, iaitu Kuah Masak Loma Cili Api, Kuah Asam Pedas dan Kuah Gulai.

Sudah pasti, set ikan bakar di King’sCKT pasti dapat mengeratkan lagi ukhwah bersama keluarga yang tercinta dengan makan bersama-sama.

Kongsikan kenangan anda bersama kami

Kalau dah dapat kumpul bersama, pasti akan ada gambar sebagai kenangan kan?

Jom kongsikan kenangan anda bersama yang tersayang kepada kami. Tidak kisah sama ada gambar bersama ahli keluarga, ataupun gambar makanan. Sebab, kami nak berikan HADIAH ISTIMEWA buat anda!

Nak tahu bagaimana cara nak dapatkan HADIAH ISTIMEWA ini? Tekan button merah dibawah:

Jangan lupa subscribe Youtube Kingsckt dan nantikan video-video yang menarik daripada kami. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami.

Share This