+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Tidak lengkap jika sebuah restoran yang terletak di tepi pantai, tidak mempunyai Ikan Bakar sebagai hidangan di restoran mereka. Seperti King’s Char Kuey Teow, sudah semestinya Char Kuey Teow menjadi pilihan utama para pelanggan yang datang ke sini.

Tetapi, terdapat juga banyak permintaan dan cadangan daripada pelanggan untuk keluarkan menu Ikan Bakar. Oleh itu, setelah berbincang dengan pihak atasan, 7 Set Ikan Bakar yang kami telah keluar untuk pelanggan yang datang ke King’s Char Kuey Teow.

 

Tidak lengkap restoran kalau tak ada ikan bakar.

Kini, di King’s Char Kuey Teow, anda tidak perlu risau lagi akan kekurangan variasi makanan. Sebab kami telah menambah beberapa menu baru termasuk ikan bakar sebagai hidangan istimewa kepada pelanggan yang datang.

 

Nak tahu ikan bakar apa yang ada ni King’s Char Kuey Teow? 7 Variasi Hidangan Ikan Bakar.

 

1. Ikan Talapia Bakar

 

2. Sotong Bakar

 

3. Ikan Siakap Bakar

 

4. Ikan Pari Bakar

 

5. Ikan Kembung Bakar

 

6. Ikan Keli Bakar

 

7.  Ikan Cencaru Bakar

 

Setiap pembelian ikan dan sotong bakar ini, anda akan mendapat 3 jenis sambal yang lagi pedas, manis, masam dan menambah keghairahan anda untuk makan Set Ikan Bakar ini. 3 sambal itu adalah Air Asam, Sambal Belacan Dan Sambal Kicap. Pasti buat korang meleleh air mata ketika makan kerana dek kepedasan sambal tersebut.

Selain itu juga, kami menyediakan tambahan Nasi Putih + Ulam-ulaman + 3 Jenis Pilihan Kuah untuk anda makan bersama dengan Set Ikan Bakar ini. Tak seronok rasanya kan bila meratah je. Mesti nak makan dengan nasi sekali. Barulah sempurna. 

 

Jadi, jangan lupa untuk datang dan mencuba menu baru kami di King’s Char Kuey Teow. Pilih makanan kegemaran anda dan nikmatinya dengan penuh selera sambil dilayani dengan persekitaran yang santai dan sempoi.

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW Facebook Page King’s Char Kuey Teow untuk info-info yang menarik. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami.

Share This