+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com
Masyarakat sering beranggapan bahawa daging kambing mengandungi kolesterol yang tinggi dan akan membuat badan kita terasa ‘panas’ di samping punca terjadinya penyakit darah tinggi dan penyakit jantung

Selama ini kita tahu makan sahaja. Tak pernah nak tahu apa kelebihan daging kambing ini. Daging kambing adalah antara daging terbaik dikalangan daging-daging yang lain. 

Bagi umat Islam, makan daging kambing menjadi makanan sunnah. Ia juga merupakan makanan kegemaran Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Kalau menjadi makanan kegemaran Nabi, mesti ada banyak kelebihan dia kan?

Menurut kajian saintis, banyak bukti telah menunjukkan yang daging kambing ini banyak kelebihan dan kebaikan untuk kesihatan. Nak tahu apa dia? Jom kita bongkarkan. 

Berikut adalah sebab mengapa daging kambing lebih baik berbanding daging-daging lain di pasaran:

1. Khasiat Daging Kambing Lebih Baik Berbanding Daging Yang Lain.

 

 

Kumpulan penyelidik Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama atau Alabama Cooperative Extension System (ACES) telah membuktikan daging kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik berbanding daging lembu, biri-biri, khinzir dan ayam.

  • kolesterol rendah – kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.
  • lemak rendah – Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).
  • kalori rendah – Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).
  • lemak tidak tepu – kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
  • asid amino –  sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.

 

2. Baik Untuk Jantung, Bukan Penyebab Sakit Jantung.

 

Daging kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain. Lemak tepu boleh mengakibatkan saluran darah tertutup, seterusnya mengganggu fungsi jantung serta berisiko mendapat penyakit jantung, darah tinggi dan stroke. 

  • Kajian telah dibuat di Universiti Harvard dan mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat dan punca sakit jantung. Sedangkan lemak tidak tepu yang terdapat pada daging kambing baik dari segi membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi.
  • Lemak tidak tepu membantu mengurangkan tahap kolestrol dan mengawal paras kolestrol baik.

3. Nak Kulit Cantik dan Bersih?

 

  • Membantu merawat  masalah seperti ekzema atau jerawat. Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit.
  • Vitamin B12 semulajadi yang tidak teroksida (anti-oxidant) juga terdapat dalam daging kambing amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit serta mencantikkan kulit.
  • Vitamin B12 daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

 

4. Susu Kambing mengandungi Zat Mineral lebih tinggi menjadikannya amat berguna pada semua

 

 

  • Ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.
  • Mudah dihadam berbanding susu lembu dan baik untuk mengatasi masalah obesiti.
  • Sesiapa yang alergi pada susu lembu, boleh menjadikannya susu alternatif terbaik selepas susu ibu. Ia sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi.

Terdapat  dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing

1. Peraturan pertama ialah menggunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat.

 

2. Peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew.

Di King’s Char Kuey Teow, kami menggunakan 2 cara ini untuk memasak daging kambing yang akan dihidangan dalam menu Char Kuey Teow Kambing, Lamb Chop, Nasi Goreng Lamb Chop dan macam-macam lagi. Untuk memastikan texture daging itu lebut dan sedap, setiap sudut cara penyediaan amatlah dijaga bagi mengekalkan kualiti daging tersebut.

 

Jadi, lepas ni tak perlu risau kalau kolestrol naik makan daging kambing. Sebabnya, ianya telah terbukti bahawa daging kambing tersebut memberi banyak manfaat dan kebaikkan. Nak merasakan daging kambing dengan pelbagai hidangan yang menarik? Jom datang ke King’s Char Kuey Teow. Terdapat pelbagai hidangan daging kambing yang kami sediakan.

Jangan lupa LIKE dan FOLLOW Facebook Page King’s Char Kuey Teow untuk info-info yang menarik. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami.

Share This