+60 17-633 3644 operation@kingsckt.com

Dalam keseronokkan beraya, mesti ada terlepas pandang beberapa adab yang perlu dijaga.

Adab kunjung mengunjung sudah tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Lagi-lagi di musim perayaan ini. Tetapi, kene diingatkan selalu, kita sebagai tetamu haruslah menjaga adab supaya tidak mengguris hati tuan rumah.

Bukanka kita harus bermaafan dan bukan mencipta kebencian di hari mulia ini? Mari kami kongsikan 5 adab ketika berkunjung dan beraya di rumah sedara-mara dan rakan-rakan.

1. Pilih Masa Sesuai

Jangan pergi terlalu awal atau lewat malam kerana tuan rumah mungkin sedang membuat persiapan dan mahu berehat.

Rancang trip kunjungan anda dan sebaiknya maklumkan kepada tuan rumah. Ini supaya tuan rumah boleh membuat persiapan awal dan boleh tunda kepada hari lain jika tiada di rumah.

2. Pakaian

Berpakaian sopan ketika mengunjungi rumah terbuka penting untuk menghormati orang lain. Dan pada masa yang sama, diri anda juga berasa lebih selesa.

Lebih elok jika kita berpakaian lengkap Baju Melayu dan Baju Kurung supaya nampak lebih meriah. Sebab ini kan hari raya, bila lagi kita nak serikan diri beraya dengan pakaian tradisi kita.

 

3. Beri salam dan minta izin

Walaupun ramai yang mengadakan rumah terbuka sepanjang Aidilfitri, tetamu masih perlu menghormati tuan rumah dengan memberi salam dan meminta izin untuk masuk ke rumah mereka.

Sebaiknya berjumpa dengan tuan rumah dan bersalam ketika sampai ke rumahnya. Selain itu, kalau ingin menggunakan tandas atau apa-apa sahaja, lebih manis jika minta izin tuan rumah dulu ye. Walaupun tuan rumah tidak kisah.

 

4. Menjaga tindak-tanduk

Ketika beraya bersama rakan, jaga dan kawal diri supaya tidak terlalu meninggikan suara ketika bercakap atau ketawa dengan kuat sehingga mengganggu orang lain.

Yela, kawan-kawan pun ada yang berjumpa bila raya je. Masa tu lah nak sembang dan bergembira. Tapi, kene juga hormati orang sekeliling juga ye.

 

5. Hadkan masa kunjungan

Tetapkan tempoh tertentu untuk mengunjungi sesebuah rumah untuk memberi ruang kepada tuan rumah bagi melayani tetamu lain. Cukuplah setengah jam atau sejam saja.

Jangan lah sampai tuan rumah tu cakap dalam hati “Haish, tak reti nak balik ke diorang ni?”. Hee. Sebab mungkin ada orang lain lagi yang akan berkunjung ke rumah beliau.

Kalau kita menjaga adab-adab ini ketika berkunjung ke rumah beraya, pasti raya kita akan lebih indah dan meriah. Tuan rumah pun senang hati dapat menjamu tetamu dengan gembira. Jadi, untuk Rumah Terbuka King’s Char Kuey Teow nanti, boleh la korang datang dengan pakaian lengkap baju melayu dan baju kurung. Sambil menjaga adab, sambil bergembira bersama kami di King’s CKT. Jumpa anda semua nanti ye.

Sumber :freemalaysiatoday.com

Jangan lupa subscribe Youtube Kingsckt dan nantikan video-video yang menarik daripada kami. Klik icon di bawah dan description kami untuk terus ke Facebook, Website dan Instagram kami. 

Share This