KING’S CHAR KUEY TEOW
VISI
Menjadi jenama tersohor dan peneraju industry Food & Beverages di Malaysia menjelang 2020.
MISI
OBJEKTIF
Untuk mencapai keterampilan dan kecekapan pengurusan
“Azraizat Global Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milik penuh 100% Bumiputera.
Azraizat Global Sdn. Bhd. Ditubuhkan pada 16 Mac 2016 selepas 8 tahun beroperasi dengan
menggunakan syarikat enterprise iaitu A&A FOOD ENTERPRISE.”
SEJARAH KING’S CKT
King’s CKT mula ditubuhkan pada tahun 2008, bermula dengan nama A&A FOOD ENTERPRISE. Di awal penubuhan kami menjalankan perniagaan perkhidmatan makanan dan minuman. Perniagaan Char Kuey Teow di mulakan dengan perniagaan di pasar malam. Setelah beberapa bulan berniaga char kuey teow, produk kami mula mendapat sambutan dari pengunjung di pasar malam.
Syukur Alhamdullilah, setelah berhenti berniaga di pasar malam, kami telah menyewa tanah dan membuka kedai kecil di tepi jalan di bawah pokok iaitu King’s Char Kuey Teow yang bernaung di bawah syarikat A&A FOOD ENTERPRISE. Menu Char Kuey Teow mendapat permitaan ramai dari masa ke semasa. Selain menjual Char Kuey Teow, kami juga menjual pelbagai menu seperti Nasi Goreng, Western Food dan Ikan Bakar.
Dari tahun ke tahun, perniagaan syarikat makin meningkat dengan permintaan yang tinggi dari orang luar. Dari modal yang ada dalam tangan hapir RM20,000, kami pebesarkan lagi ruang perniagaan kami dari duduk bawah pokok hanya menggunakan khemah 10 x 10 kepada restoran berbumbung 20 x 40.
Syukur Alhamdullilah, perniagaan kami dipandang orang ramai. Cerita perniagaan ini sampai ke pengetahuan media. Restoran kami ditawarkan masuk ke rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Hasil dari rancangan itu, perniagaan makin hari makin meningkat. Syarikat mampu buat duit ratusan ribu ringgit sebulan. Selepas hasil syarikat meningkat, kami perbesarkan lagi ruang niaga kepada 40 x 80. Dengan terbinanya ruang yang besar, restoran mampu menampung seramai 400 orang pelanggan dalam suatu masa yang dijalankan 26 pekerja yang mahir . Syarikat juga ada menjalankan catering sekiranya ada permintaan.
Pada 2016, syarikat ambil keputusan untuk naik taraf syarikat enterprise kepada sendirian berhad. Mac 2016 tertubuhnya AZRAIZAT GLOBAL SENDIRIAN BERHAD. Alhamdullilah syarikat bergerak maju dengan jayanya. Kami percaya, dengan pengalaman dan kemudahan yang ada pada kami, dapat memberikan perkhidmatan yang setanding syarikat-syarikat lain dalam bidang yang sama. Semoga bimbingan dan sokongan yang diberikan oleh mana-mana akan membantu memajukan lagi perniagaan kami dan seterusnya memajukan lagi ekonomi negara.
King’s Char Kuey Teow
IKUTI LAMAN SOSIAL KAMI:
Waktu Perniagaan
Setiap Hari (4.30PM-2.00AM)
Hubungi Kami
Lot 402, Si Rusa, 4, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
No Telefon: +06-6466409
Delivery: +6017-633 3644
Email: operation@kingsckt.com